Saturday, 30 November 2013

Menyesal tak sudah

Hi , Assalamualaikum ! Kita bertemu lagi , hari ni baru free nak update blog . Actually baru-baru ni aku ada post pasal jaga muka kan ? Kulit aku bertambah baik dari hari ke hari . Tapi semua tu berhenti sebab aku test sabun susu beras collagen . Ya , sabun tu ! Aku malas nak post gambar , google sendiri .

Aku dapat free sabun tu sebab beli masker from my mak lang , sebelum ni aku pakai sabun lain tapi biasalah tangan aku ni gatal nak mencuba , pi lah lumuq sebanyak tidak buih dia dekat muka . First day gua pakai , peh lawa gila kulit muka aku , dengan putihnya , licinya . Aku rasa maybe sesuai so aku pun teruskan sampai ke hari ni , homaigod ! Kulit aku pedih yang teramat sampai buat aku takut nak masuk bilik air untuk mandi . Dia tinggalkan kesan hitam dekat tepi bibir , paling pedih dekat pipi and sekitar hidung . Dah lah esok aku nak gi Hong Kong . Aku pun basuh muka dengan air sejuk , tepuk2 muka dengan toner hada labo nak lembabkan kulit yang terextreme keringnya then pakai krim dherbs . Still rasa pedihnya ni cuma tak seteruk masa mandi tadi .

Persoalannya , kenapa masa hari pertama aku pakai kulit aku jadi cantik ? Patut ke aku teruskan pakai sabun ni sebab maybe ni permulaan dia nak peeling kulit ke hape ke ? Aku ada lah berlari-lari ke blog untuk cari maklumat , ada yang mengadu pedih pakai sabun tu . Ada pulak yang kata sekejap je , nanti lama-lama dia tak pedih . Aku pun konpius , kalau nak teruskan aku rasa macam takut makin terus . Esok nak gi jalan weyh jangan buat hal :'(

Ada suruh letak madu dekat muka untuk hilangkan rasa pedih , aku nak hilangkan kesan2 merah dan hitam dekat muka aku ni . Haish , ni lah padahnya kalau tangan tu gatai nak tukar2 barang . Produknya kata tiada bahan kimia , pehal muka aku pedih ? Haishh malam ni aku nak pakai peeling mask yang warna hitam then tido pakai mask royal whitening untu sejukkan kulit . Harap-harap muka kembali normal pada esok hari . Petang nanti aku tepek madu . So guys , beware !

Assalamualaikum =)

Monday, 18 November 2013

Jaga Muka

Assalamualaikum , hi ! Cuti dah pun start and aku dibekalkan QVM untuk cuti ni . QVM ? natang apa tu ? Tu kiranya macam homework lah and ada buku diary pelajar 50 hari . Hmm sedih aku tak sentuh lagi , aku suka buat kerja last minute =) . Tajuk hari ni pelik sikit aku tak tau nak update pasal apa sebab cuti ni aku memang kerja jaga muka je , maklum nak ahh nak jenjalan . Aku tak pernah lagi update pasal produk yang aku guna so ni lah yg aku guna ...
 

Dulu aku pakai magic cream ni , memang nampak cantik kulit bila pakai first time tapi aku dah stop sebab apa tau , member-member aku semua cakap kulit aku nampak macam terbakar and merah-merah gitu . Aku ni dulu ada acne tau tapi sekarang acne dah tak ada tapi dia meninggalkan parut-parut di wajahku , memang sedih lah kan . So , bila pakai ni and dedahkan muka dekat matahari memang nampak jelas parutnya . So , aku stop guna benda ni . Maybe cream ni sesuai untuk badan lah aku rasa . Harga aku beli dulu RM40 .

Haa yang ni aku baru je beli , tak sampai sebulan lagi lah aku pakai . Aku pakai okaylah , nampak okay . Tunggu habis nanti aku bagitaulah kesan dia sama ada okay ke tak =) Harga dia dalam RM30 kebawah .


 Ni sabun Vit a c dan e . Aku pakai dekat 2 bulan lebih . Memang best ! Aku dulu masuk kawad tau then mest ada kesan belang tu kan , tona tak sekata . Aku pakai sabun ni belang tu dah hilang woohooo ! Suka kejap . Kulit tak rasa tegang sangat and tak memedihkan kulit . Harga dia RM55 . Yeah memang mahal and aku pun tak nak stick dekat sabun ni sebab mahal . Nanti aku tunjuk sabun apa yang aku nak beli .



Ni aku baru je beli . Aku baru pakai , muka rasa soft and bright gitu . Produk ni maybe tahan sampai beberapa bulan sebab pakai dia sikit je . Harga RM49 gitulah tak silap aku =) 



Bedak tanaka , aku pakai yang ni . Bau dia pun wangi . Aku kalau ada jerawat aku pakai bedak ni , jerawat kecut and muka jadi fresh gitu sebab dia sejuk . Boleh cerahkan kulit =) . Harga RM30


Ni masker , baru dapat hari ni . Malam nanti aku nak test , tengok testimoni macam best je hehe .
Dalam packaging dia ada tiga mask , pakai seminggu sekali . Harga RM22 gitulah aku tak ingat


Yang ni aku baru nak beli , sabun ni lah aku nak beli . Aku baca review macam best je , harga pun tak adalah mahal sangat . Sesuai lah dengan kulit muka aku yang berparut ni . Aku ni memang dah putih , parut je menyemak sikit . Harga RM19.90 .



Ni Cathy Doll CC cream , pun baru nak beli . Bebudak sekolah cakap produk ni lagi okay daripada magic cream CD sebab dia jenis macam liquid and serap masuk kulit . Ni maybe aku pakai sebelum aku pakai krim mutiara tu . Aku beli dengan member aku dia jual RM25 tak silap aku . Murah kan ? Bebudak kelas ni memang pandai menghasut aku , nasib harga murah =3


Ni boya mask , aku belum beli lagi . Yang ni pun macam best , review dia pun macam best . Aku nak hilangkan parut jerawat aku je . Hehe harganya RM26 . Yang ni pun aku beli dnegan member sekolah aku =)

Yang tu produk je , kalau yang cara tradisional aku guna serbuk kulit kayu manis + madu + air . Jadi macam pes , then sapu dekat tempat yang ada jerawat je sebab pedih dia memang tahap gaban katako ! Aku tahan je muka macam berlakon drama sedih sambil tahan air mata , tapi pedih dia sekejap je . Jerawat tak naik , parut pun beransur pudar , kata orang lah . Aku baru buat berapa hari je so kesan tak nampak lagilah . Buat bendalah ni kena rajin-rajin sikit hehe . Kalau bangun pagi aku sental muka aku dengan oat , yang quaker oat segera tu campur dengan air then buat macam scrub . Buat hari-hari pun tak apa sebab tak ada chemical and tak menipiskan kulit muka . Yang ada radang kulit , boleh test =) . 

Okay tu je update aku , aku pun nak exercise ni berat dah naik . Hehe , siapa yang kurus dan kulitnya putih bersih mulus , ihateyou ;_; 

Semoga kita cantik luar dan dalam , Assalamualaikum =)









Tuesday, 5 November 2013

Weekends is approaching =)

Hello , Assalamualaikum semua . Ya Allah lamanya tak update blog . Terpaksa lupakan sekejap nak update blog sebab final exam . So , Alhamdulillah final exam dah pun habis . Segala sakit-sakit mata menghadap buku-buku yang menyerabutkan kepala . Nanti cuti memang aku focus untuk diri aku sendiri . Korang cuti buat apa ? Aku nanti nak jaga kulit sebab nanti nak jenjalan hehe .

Cuti ni memang aku layan K-Dramas , fangirling lah dekat kpop group fav aku . Actually kan , aku dalam usaha untuk mencuba kurangkan minat aku terhadap kpop ni . Yeah , memang aku nak study dekat sana tapi aku rasa minat dekat kpop ni sedikit sebanyak meninggalkan effect dalam amal ibadat aku . Aku tak nak lah obses sampai aku lupa siapa Tuhan aku . In Shaa Allah , aku akan cuba . Tak salah adore dekat rupa and apa yang ada dekat seseorang so apa kata kita ubah ayat kita from "Homaigod comelnya dia , hensemnya dia" to "Wah , comel dia . Allah yang cipta dia" okay barulah sweet =)

In Shaa Allah cuti nanti akan meluangkan masa bersama keluarga , pergi Sunway Lagoon and Hong Kong . Dalam masa yang sama aku takut , takut akan lalainya aku kerana permainan dunia . Semoga perjalanan kami akan dilindungi .

Semalam aku ada terbaca post dekat FB , mengatakan Dr.Morsi dibacarakan . Aku tak tau apa yang terjadi lepas tu tapi aku tau ada serba sedikit dialog hakim dan Dr.Morsi

Hakim : Kenapa kau tak pakai baju penjara ?
Dr.Morsi : Aku dipenjara ke ?
Hakim : Ya ! Kau dipenjara
Dr.Morsi : Baik , kalau begitu dimanakan aku dipenjarakan ?
*Semua terdiam kerana perbualan ini hampir membongkar rahsia tempat Dr.Morsi disembunyikan*

Dr.Morsi , seorang pemimpin yang tersangatlah tenang dan bijak sana , begitu juga dengan Erdogan . Betapa untungnya rakyat Mesir memilih beliau sebagai pemimpin negara . Kami disini mendambakan seorang pemimpin seperti beliau . Negara Islam bergolak , mengapa kita masih begitu senang ? Senang sungguh kita melihat tubuh kecil saudara-saudara ditembak , disembelih oleh mereka yang zalim , anak yang masih mentah umur menggantikan ayah dan ibunya yang telah syahid mengangkat senjata untuk berjihad fisabilillah . Ya Allah , kuatkan lah iman kami di sini , kami dijajah melalui minda .

Media melaporkan Syria dalam keadaan yang baik , TIDAK ! Semuanya tipu belaka . Satu persatu rakyat Syria terkorban , Mujahideen masih lagi bertempur dengan anjing-anjing Assad dan Hizbulat . Apa yang patut kita lakukan disini ,

Marilah teman , kita berQunut Nazilah serta berdoa agar Islam akan tertegaknya di muka bumi ini ...



Salam Maal Hijrah =)


Thursday, 29 August 2013

Assobirun minal iman ...

Assalamualaikum , hi ! Kita jumpa lagi yek ? Aku baru je balik dari sekolah , balik terus terbongkang kepenatan . Hari ni dah dapat paper ujian , baru je dapat Add Math . Alhamdulillah ada yang senasib dengan aku , eh gitu pulak ? It's okay , aku dah rancang nak buat study group dengan budak genius sorang tu . Add Math dia 71% , Chemistry dia 98% . Sumpah aku dengki gila dengan dia . Soalan punya susah dia boleh dapat markah tinggi , well maybe cara belajar dia kan . Nanti aku suruh dia ajar aku , aku pun nak pandai juga . Okay macam topic dekat atas tu aku nak ceritalah sikit masa dekat sekolah tadi , haih sungguh sadis kayy .

Hari ni first day aku puasa enam tau , then aku siap-siap nak pergi sekolah . Sampai je depan sekolah aku nak masuklah kan , sekali aku terjelopok jatuh depan students yang lain . Ada dua member aku tolong angkat aku , aku terlalu malu untuk bangun okay -_- . Ya Allah malu gila :'/ . Tak apalah , maybe ada something yang aku buat , so dengan jatuh itu aku dapat kifarah dosa . Alhamdulillah . Then ada beberapa period teacher tak masuk , everybody started to procrastinate =D . Tapi kadang-kadang kiteorang bincang juga pasal isu Mesir , Palestin and Syria . Aku kagum dengan budak-budak ni , diorang ni category nakal lah . Then dia tanya aku , "apa dah jadi dekat sana ?" "Dr Morsi mana ?" "Apa citer uhh sekarang" . So , bila tengok spirit diorang yang begitu etusiastik , aku pun ceritalah setakat mana yang aku tahu . Aku touched okay bila ada orang ambil berat pasal issue dekat sana . Semoga dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat .

Dr Muhammad Morsi , pemimpin yang sangat berani dah tabah :')


#R4BIA =)

Morsi Morsi , Allahuakhbar !

Waktu Physic pulak , haha jeng jeng jeng . Tak dapat paper pun tapi ada dan ditanda lah , baru dua tiga budak . Dengar dari segi ton suara , riak wajah memang panas lah kan . Siapa suruh buat soalan susah ? Eheh melawan ! Aku dah boleh agak apa pencapaian yang akan aku dapat nanti . Salah aku juga , time ujian ni aku banyak main . Aku ni tak sesuai study last minute agaknya , better to change it . Tpi kelas Physic hari ni tak sebosan yang aku expected macam selalu , Alhamdulillah dapat something yang baik hari ni and i'm just too focus over it . Habis waktu Physic , kanak-kanak melepaskan nafas lega dan ketawa riang di dalam hati . "Yeay Physic dah habis" kata hatiku . Tibalah waktu Math Mode , teacher aku tak masuk atas urusan yang harus diselesaikan . Ada cikgu relief lah replace then dia suruh keluarkan sehelai kertas , tulis lah nama , tingkatan then 10 impian . Aku tulis lima je , impian aku tak banyak . Ada member lelaki kelas aku tulis " Saya nak tolong Dr Morsi" Okay sekali lagi aku terharu . And aku pun tulis benda yang sama juga . Apa yang aku tulis yang lagi empat tu biarlah jadi rahsia .  


So pada pandangan aku , ada pahit dan manisnya untuk hari Khamis ni . So , kepada sesiapa yang masih lagi belum berpuasa enam , cepat-cepat lah berpuasa , besar ganjarannya . Tambahkan pahala nak2 waktu malam jumaat macam ni , perbanyakkan baca Al-Quran okay saudaraku ? Merdeka pun dah nak dekat , Selamat Menyambut Hari Merdeka =)

Niat puasa enam =)


Sesungguhnya Allah maha pemurah =)

Ma'asalama wailaliqa' , Assalamualaikum ikhwah and akhwat sekalian =)



   

Friday, 16 August 2013

HAPPY EID

Hello Assalamualaikum guys ! Ya Allah lamanya tak update blog , dah berapa bulan ek ?? Masa Ramadhan hari tu pun aku tak jenguk kekasih aku ni alahai kesiannya . Sorry peeps , busy lah . Tu je alasan yang aku ada buat masa ini . So , aku rasa aku tak terlewat lagi kot untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin" . Sekiranya ada kata-kata aku dalam blog pernah menyinggung perasaan , silalah maafkan . People made mistakes :') . So amacam raya korang ? Best ? Aku pun nak cerita juga ni ...

Raya tahun ni aku balik Kedah , aku naik flight . Sumpah , aku tak suka naik flight . Memang best tapi aku lagi suka naik kereta sebab ada feel lah orang kata , kan jauh . Bila naik flight ni cepat sangat sampai so tak ada singgah mana-mana , kapal terbang tu bukannya singgah dekat Baskin&Robbin pun , sedih aku :'/ . Aku balik masa dua terakhir Ramadhan , aku pun tak nak balik malam raya sebab nak juga merasa berbuka dekat kampung . Best woo berbuka ramai-ramai , makanan dekat Kedah dah lah sedap-sedap . Tapi kan aku cakap , tahun ni pertama kali aku tak rasa mood rayanya tu . Tak taulah , maybe dah besar ke , duit raya berkurang ke , entahlah . Aku dengan sepupu aku pun bukannya meronda satu kampung nak kumpul gaji . Kiteorang duduk rumah layan movie Jepun Korea je . Layan movie High School Debut dengan A Werewolf Boy . Oh tangkap leleh aku cakap haha . Haih kalau aku nak cerita masa bulan Ramadhan haritu memang jadi karanganlah post aku ni .

SHOOT ! KARANGAN !! HHAHAAA :'/ . Nampak tak betapa happynya aku bila aku teringatkan karangan ?? Total semua karangan yang aku kena buat ialah 10 ye kawan-kawan . Tapi Alhamdulillah 7 karangan tu boleh type and tiru . And aku senang je , copy and paste ! Haha , diam . So yang lagi 3 tu pandai-pandai lah aku guna kepala otak aku nak creativekan ayatnya . 10 english essays , 1 karangan BM . Okay enough with those stuff . So masa raya , aku pakai baju raya dengan perasaan yang lifeless gitu tapi...tapi...tapi ... aku bertukar menjadi kanak-kanak riang bila nampak mercun and bunga api . Bukannya tak pernah main pun , aigoo ~ . Main bunga api pula dengan budak yang bukan sebaya dengan aku , yang main semua budak 4 , 5 , 6 tahun . Aku ? haha , 16 tahun . Booooo ~! But , who cares ? Once a year doe , aku bantai jelah , lagipun bukannya senang nak sampai Kedah . Cuma tahun ni tak berapa nak meriah sebab tak ada yang mercun 130 tu . Korang tau kan ? alah yang macam mercun merdeka banyak-banyak time merdeka tu . Ha yang tu lah ! Langit tak semeriah dulu , its okay . Mai , kau dah besar .

Then raya yang keempat aku pergi Penang tau ! I swear , i love Penang so much ! Tu negeri my best friend , Asyilla . Dia sekolah dekat sana . Aku ingat nak jumpalah dia tapi dia pi KL lah pula . Aku pergilah Padang Kota Lama , Bukit Bendera , Batu Ferringghi and Pantai Miami . Actually banyak lagi tempat yang awesome yang tak dapat aku lawati oleh kerana masa yang singkat and flight yang awal . Haish , spoil mood aku nak bergambar . Penang bandar dia bersih and aku suka tengok nama-nama sekolah dekat sana . At last aku terfikir , aku ni dekat US ke apa ni ? ADA FREE WIFI WOI ! Laju pula tu , ni buat aku rasa macam nak pindah duduk sana je . Makanan dia pun sedap , aku hari tu makan rojak sotong eh ? Apa ntah namanya aku lupa tapi ada sotong lah , then ordered pasemboq you ! Pasemboq dia lain rasanya , lagi sedap =) Aku kalau order Nasi Kandar wajib ada Papadom ! Haih , lapar ~ . Aku tak dinner lagi ni .

Bukit Bendera , Penang

Padang Kota , Penang

Batu Ferringghi , Penang

Penang Bridge , lawa kan ?? Bukan aku yang tangkap

Okay lagi dua hari nak naik sekolah . Nak muntah aku dengar "naik sekolah" . Told ya weekends is not always awesome like we thought . Dengan homework buat last minute , i have a test on next week . HELL YEAH ! Satu apa pun tak study , should i consider myself finishing my homework as studying ? Kalau setakat buat Essay je study apanya kan ? Nak sedapkan hati punya pasal kan aku cakaplah " Alah test je , bukan big exam like Year End gitu" . Ayah aku pun dah bersuara , "Akak study tak ni ? Baca buku tak ?" "Akak buat essay ayah" "Hmmm" . Macam mana nak jadi doktor ni kalau study pun malas ? Ada sesiapa mempunyai penawar untuk aku menyembuhkan penyakit yang semakin bermaharajalela ini ? Haha , tapi aku ni big exam macam mana pun , last minute juga yang dipilih . Maisarah....Maisarah... *facepalm*

Shall pen off now , lepas dinner aku sambung lagi eah ? Bye kids !
~Assalamualaikum~




Wednesday, 12 June 2013

A Week That Almost End

Hello Assalamualaikum peeps ! Hi guys , welcome back to school for you guys and not me :P . Haha , Alhamdulillah i've just had my surgery done on the second weeks of weekends . Yeah seriously memang sakit . Students sekarang ni maybe dah start daily routine diorang , continue doing homework and maybe buat pembetulan midterms yang lalu . But i'm still chillin at home but at least i'm doing something okay . Ingat aku duduk rumah boleh goyang kaki je ? Aku tolonglah jugak mak aku memasak dekat dapur , basuh baju , tengok tv and i'm fasting now hehehe . Update blog sebelum berbuka , yeehaa ! Relax , bedah tekak je kot . Kalau nak bandingkan sakitnya masa aku bedah appendix , yang appendix tu lagi sakit woi tak boleh bangun aku cakap . Yang tekak ni badan still boleh gerak tapi macam orang bisu sikitlah tak boleh nak bersuara . So  ketika aku sakit ni aku terbanyang orang yang langsung tak boleh communicate , besar nikmat Allah . Belum lagi sakit bersalin , tu lagi besar pahala nya ! Apa-apa pun , sakit itu kifarah dosa ;)

Currently spending my time at home because this week is gonna be last week for me to have a break ! Sedih actually aku tak nak pergi sekolah . Doctor give me another week please ? Since my wound not fully recover . Luka bedah belum baik sepenuhnya , still perit lagi kalau nak menelan air liur mahupun makanan . Aku actually nak cerita time aku duduk ward hari tu . Aku tak tahulah natang apa yang dia cucuk dekat tangan , alah yang masuk air tu kan , yang cari urat tu . Aku serious benci gila benda tu . Benda tu memang buat aku hilang lapar sebab aku kan kena puasa kalau nak bedah tapi benda tu serious seksa kot ? Aku ingat lagi dulu time appendix , lengan aku biru sebab saluran blocked . "Kalau tangan adik ni block , kita kena tukar jalan , guna tangan belah kiri pulak" Peh nurse tu cakap gitu aku dengan kelajuan 60 geleng kepala tak nak cucuk lagi . Yelah , dia masuk air , masuk segala jenis cap ubat then bila aku gerak sikit nak pergi bilik air tetiba keluar darah , cuak gila time tu . Aku mengerang bila nurse tu picit wayar tu , menangis aku dalam ward menahan dua kesakitan . Tapi yang kali ni sakit sikit , tak sakit macam yang dulu . Masa dalam bilik bedah tu doktor tu cakap "Tak ada ni dik , mana uratnya ni nak cucuk masuk air" . Aku terpinga kejap , aku tengok lengan aku punya banyak urat berselirat yang hijau tu dia kata tak ada . Maybe bukan urat tu yang dia nak cucuk . Dia dah jumpa then terus cucuk , muka aku berkerut seribut menahan sakit . "Tarik nafas dik , tarik nafas" Aku ikut jelah nurse tu suruh buat . Lepas tu dia suntik ubat pengsan dekat jarum air tu , sekali dia picit syringe tu meremang satu badan , aku pun dah start pening . Kuat gila ubat dia :'(

Aku dalam bilik bedah tu menggigil-gigil , kuat pulak tu sampai selimut aku gigit . Aku confused , aku ni gigil takut ke gigil sejuk . Memang sejuk dalam tu . Aku selawat banyak-banyak , istighfar akhirnya aku pengsan . "Maisarah ! Maisarah ! Maisarah !" Dalam hati aku cakap , haishh bising gila nurse2 dengan doktor nak sedarkan aku . Yang doktor tu gelak tengok aku dok jilat-jilat bibir aku , nak rasa kesan bedah pergi jilat bibir . Haa , dah mula dah sakit dia . Masa tu aku mamai , tengok orang tak ada perasaan . Sampai ward aku sambung tidur sebab penangan ubat dia belum habis lagi , kepala aku pening lagi . Bila aku dah sedar , aku capai phone aku , ada messages . Aku view satu persatu , semua doakan semoga aku selamat . Aku terharu , yang paling specialnya from my beloved mum . Walaupun bestfriends aku tak lawat aku , its okay . Aku faham . Ada yang lagi penting selain aku :) . Thanks for your pray , aku hargai sangat-sangat . Semoga kalian panjang umur dan dimurahkan rezeki . Aku duduk ward sehari je since my condition wasn't that bad , i'm pleased . Sampai rumah aku pun buatlah perangai macam orang sakit , hehehe . In Shaa Allah kalau aku diizinkan doktor untuk kembali ke sekolah , next week aku dah boleh start . Okay , ni je nak cakap . Tak ada apa-apa yang penting pun sebenarnya . Aku nak tengok movie malam ni , nak berkpop ayah aku pulak ada dekat rumah . Doakan aku sihat kembali dan jangan lupa saudara-saudara kita di Palestine , Syria dan di seluruh negara yang sedang bertempur demi mempertahankan Islam , mati syahid cita-cita mereka . May Allah grant you jannah ! Allahuma Aamiin :')
Allahuma Aamiin...

Assalamualaikum ~

Wednesday, 29 May 2013

IT'S WEEKENDS !!! =D

Hi , Assalamualaikum everyone =) Semalam kan ingat nak update blog tapi termengantuk awal lah pulak . So , hari ni aku naklah coret sikit sebab mood tengah sedih and biasalah , unsure feelings . Normal lah tu , girls . SO YEAH , it's weekends already and this is the first week of weekends . Aku cuti dua minggu je . Pada aku cuti dua minggu memang tak cukup tapi tak apalah , homework pun satu subject je . Kihkihkih . Tapi maybe aku akan dapat "extra weekends" sebab aku akan menjalankan pembedahan tekak pada hari Jumaat , 31 May 2013 pada pukul 2 petang . I'm scared of course tapi nak buat macam mana kan ? Ramadhan dah nak dekat so its better if i just go for it . Sebelum aku bedah tu hari Khamis aku plan nak jumpa best friends aku dulu , nak lepaskan ghinduu lew . Kiranya esoklah aku nak jumpa diorang . Pakai pun simple-simple je , bukannya keluar dating pun . So , doakan saya selamat menjalankan pembedahan ye ? =)

Actually cuti ni aku tersangatlah free , aku tak tau nak buat apa . Pada aku satu novel tak cukup untuk aku . Aku nak beli tapi ingat murah ke ? Aku ni bukannya jenis baca novel yang hok nipis tu , aku baca yang tebal tu woi ! Yang tebal tu aku boleh baca dalam satu hari . Kalau dah menghadap ke novel tu memang tak ingat nak mandi , makan , tidur dan online . Biasanya kalau aku baca novel aku akan online lewat malam sebab seharian aku akan habiskan baca novel tu . Depends on the thickness of the books lah . Hari ni ! Haha , aku baca novel "Gaduh-gaduh Sayang" . OMG best gila novel ni ! Novel tu tebal lah jugak , jalan cerita dia pun best ! Sebelum ni aku baca "Andai Itu Takdirnya" . Ya Allah sumpah aku cakap , novel ni dah berjaya membuatkan aku menangis tak henti-henti . Setiap bab tu memang tangkap leleh lah aku cakap . Tapi ending dia sweet . Aku tak berapa suka sangat ending yang sedih-sedih . Dah besar panjang ni aku tak layan sangat novel yang berunsurkan kebudak-budakan . You know what i mean ? Orang kata novel yang tak ada kaitan dengan cinta lah senang cakap . Dulu aku ketawakan kawan aku "Eh kau baca novel cinta , jiwang no kau ni ? Geli aku" haha. Last2 aku terperangkap dengan dunia novel cinta ni . Hehehe . Selain novel cinta , aku baca jugak buku yang berunsurkan falsafah , buku motivasi , buku-buku agama . Aku baru beli buku "La Tahzan , Don't Be Sad , Jangan Bersedih" hamboih panjang tajuk . Yang warna kuning tu , cuti ni aku nak baca sikit-sikit . Tak habis baca lagi .

Selain membaca , aku juga menjaga kulit wajahku . PUII ! Aku tak menjaga sangat imej aku , cara berpakaian aku . Cukuplah sekadar menutup aurat , itu dah cukup bagi aku . Aku tak berapa nak minat sangat bermakeup tebal-tebal , aku tak suka benda yang complicated . Aku kalau cuti memang focus pada bahagian muka . Tak adalah sampai nak cantik , at least kulit aku maintain putih and bersih dari sebarang parut dan jerawat . Aku kalau sampai watsons memang habis duit . Well sekali-sekala untuk diri sendiri . Lagipun aku guna duit aku . Aku belilah skincare , masker untuk pakai tiap-tiap minggu , bedak sejuk lah . Kadang-kadang aku guna petua-petua yang lebih natural macam madu , green tea and banyak lagi sebenarnya . Mak aku pun dah naik boring dah agaknya , aku buat diam-diam . Dia marah aku ngusik muka aku ni takut makin teruk . Tapi ada perubahan lah dari sebelum ni memang lagi teruk . Oh , aku baru je beli satu produk ni nama dia "AuraWhite" from my mak lang . Tengok testimoni ramai yang test kulit cantik je so aku pun start melabur . Aku tak minum lagi , tunggu lepas bedah and luka dah baik baru aku start minum dengan penuh consistent . Hehehe , mak aku pun join beli . Aku tak sabar nak minum sebenarnya . Kalau boleh nak repair kulit ni dalam masa cuti ni sebab aku malas nak berbedak tebal-tebal nak cover parut aku ni . Kang macam tepung gomak pulak terlebih putih .

Okaylah semua , aku dah start mengantuk dah ni . Mau tak mengantuk , update blog pukul 1:20AM . Nanti aku nak get ready aku punya lullaby songs , cuci muka then pi masuk tidoq . Bye semua :*

Assalamualaikum ! =)


Monday, 27 May 2013

EXAM PERTENGAHAN TAHUN

Hello Assalamualaikum semua and hi ! Homaigo lamanya tak update blog . Seriously i've been too busy nowadays , dengan examnya .. Nampak kan topic tu tulis apa ? Hehehe =) . So sekarang ni nak melepaskan rindu dengan blog gua dulu sebelum gua melayan novel kesayangan . So sekarang ni aku nak buat ulasan sikitlah pasal midterms yang telah pun aku lalui . Untuk subject Biology , Physics , Chemistry and Sejarah ada paper 3 . And i'm grateful that Add Maths didn't provide paper 3 . Jawab satu paper pun dah mental breakdown , ni kan pulak 3 paper . Puii ! *ludah*

Okay aku nak ulas untuk kertas Bahasa dulu ye . Bahasa Melayu , yay ! I love BM *SARCASM* . Aku tertanya-tanyalah , kenapalah dalam banyak-banyak subject yang aku terokai pelajari , ni lah subject yang dapat markah paling low sedangkan aku tiada kacukan inggeris mahupun chinese , ayah aku thai :P . Kalau time dulu kan masa zaman-zaman aku form 1 sampai 3 , karanganlah yang paling aku suka and aku tak berapa minat bab tatabahasa . Tapi dah naik form 4 ni mula lah jadi balak liat tak mau belajaq bahasa . Aku akuilah yang BM untuk tahun ni memang terlalu cerewet dalam pemarkahan . Karangan aku tu ntah berapa aku dapat . So aku target C atau B :') . Tak mampu nak target terlalu tinggi sebab masa aku mengarang pun idea tak berapa nak keluar . So paper1 dengan 2 semuanya susah . Okay , move to another subject , Bahasa Inggeris . Okay ni subject yang aku gemari sebab mudah sikit and pada aku subject ni tak complicated macam BM . Banyak bebeno . Overall semuanya okay , aku still ada idea nak mengarang and adalah part yang susah sikit macam literature tu kan . Susah sikitlah tapi aku just target B+ to A- . Dapat B pun dah okay *sebenarnya nak lebih kalau boleh* .

Sejarah . OH CRAP ! Aku tabik spring siapa-siapa yang boleh score and boleh jawab , hapai and sewaktu dengannya . Ni subject kedua yang paling aku suka selepas BM . Sejarah ada 3 paper . Okay paper 1 ni objective and tak susah sangat sebab kita banyak baca daripada memorized . Kalau nampak jawapan yang tertera tu mesti kita still boleh ingat kan ? Sampai dekat paper 2 . HOHO ! Keluar air mata aku kerana terkesima melihat soalan tu . Mulalah aku cakap "kalaulah aku baca awai2 , kalaulah aku bangun pagi ngadap modul sejarah , kalau lah tu , kalau lah ni" . Seribu penyesalan tiada guna . I crapped a lot for this paper . Adalah aku tinggal beberapa tempat kosong sebab tak tau nak merepek apa kan . Paper 3 aku dah start okay sikit sebab ni open book texts . Memang best jawab tapi tahanlah azab tangan letih nak buat karangan beserta masa selama 3 jam nak siapkan . Pada mereka tak cukup tapi aku siap dalam 2 jam 30 minit gitu so the next 30 minutes tu aku baring2 kejap , semak balik jawapan dan berharap agar paper 3 untuk sejarah ni boleh cover paper 2 yang holy crap annoying gila . Aku target C .

Maths mode . Yang ni okaylah . Ada 2 paper je . Paper 1 senang sikit daripada paper 2 . Paper 2 ni aku banyak tak dapa dekat bab Straight line . Bab yg aku tak suka bab straight line dengan set . HUH ! Seksa bai . Tapi boleh jawab lah . For this paper aku target B dulu . Malas nak target lebih2 nanti kecundang kecewa pulak . Pendidikan Islam ! Yeah i love this so much . Aku tak perli eah , serious aku suka subject . Kalau kelas PI ni mata aku bulat semacam . PI ada 2 `kertas . Dua-dua aku boleh jawab , Alhamdulillah . Aku maybe jenis yang menghafal sebab otak aku bukannya yang jenis pakar mengira tau , 25+5 kadang-kadang aku still lagi tekan calculator . LOL . Aku jenis menghafal tapi bukan untuk sejarah ye . Baca sekali mengantuk selamanya . Tapi kalau PI mudah sikitlah sebab ada yang boleh difikir logic akal . So aku harap dapat A- untuk subject ni . In Shaa Allah . Okay move to Chemistry . Chemistry ikutkan ada paper 3 untuk midterms ni tapi tak ada sebab ramai yang tak belajar lagi tapi soalan experiments tetap hadooo . Pui ! Paper 1 boleh tahan senang sebab soalan kiraan tak susah mana , paper 2 moderate and ada jugaklah aku tinggal kosong . Aku tak nak merapu-rapu . Soalan kiraan tak susah and paper 3 pulak yang aku crapped melebih-lebih . Aku tak ingat nak lukis experiments tu macam mana , procedure tu forgive lah . Hahaha so aku target B to B+ . Harap-harap dapatlah sebab Chemistry is my favourite science stream subjects =)


Add Maths . Hahaha subject aku sukalah jugak and mencabar tapi soalan tu macam tak berapa relevan untuk orang yang berotak kaki novel , kaki movie and kaki yang tak suka mengira , eh ? . Ada chapter yang senang and susah . Normal lah tu . Paper 1 senang sikit daripada paper 2 . Biasanya lah kan , kalau satu paper tu senang , so the next paper will be kinda difficult . Aku target D untuk paper ni . Shut up ! Aku tak suka mengira . Kalau lebih grade okay jugak :D . Physics , hi sayang ==" . Hak ni lagilah aku meraban . Cikgu aku and classmates suruh dapatkan B+ untuk subject ni . No sir . Impossible for me laaa . Paper 1 okay sikit , paper 2 susah and paper 3 susah . No backup marks . Aku target lulus jelah xDDD . Biology . Aku 50% suka and 50% lagi tak suka . Tengok bab lah . Paper 1 moderate , Paper tu okay sikit , PAPER 3 BAPAK SUSAH GILA :'/ . Experiments dia langsung aku tak tau , ada yang aku tak ingat tapi haih . Hmm aku target lulus jugak . Macam mana nak jadi doktor ni ?!

Accounts ? Aku tak ada accounts . Cukuplah bebanan ni , jangan ditambah . Itulah ulasan yang telas aku buat berdasarkan pengalaman aku dalam menempuhi zaman form 4 ni . Belum lagi akhir tahun , belum lagi SPM . Belum lagi SPM yang seterusnya . Tahu tak SPM seterusnya ? Soalan Padang Masyar . Wallahualam   . Aku sekarang dah bebas , buku ditolak ketepi . Baca novels di samping itu Al-Quran janganlah diabaikan . Kejarlah ilmu di dunia dan ilmu diakhirat , seimbangkan . In Shaa Allah pada masa akan datang aku akan perbaiki lagi segala kelemahan , jauhkan sikap malas memanjang . Midterms ni aku tak berapa nak serious sangat sebab terngiang-ngiang cuti dalam kepala hotak aku . Itu sahaja untuk post kali ini , jumpa di post yang seterusnya . Take a break sekejap . Ponat menaip .

Thanks for reading , Assalamualaikum =)

Tuesday, 26 March 2013

Unsatisfied grades

Nak cakap pasal grades for first trial pulak . Grades teramatlah teruk walaupun lulus untuk first trial ni and agak sedih sebenarnya . Haih , ni lah hasilnya apabila study last minutes and main-main ....
 
Don't say any words . This is just a beginning . Sad ... 

This is sad actually , basically cakap results teruk sebab bodoh and tak pandai right ?? But that's not the strong excuses enough . Semua pandai and semua bodoh , apa hak awak cakap orang tak pandai ?? Don't judges the book by its cover okay . Tak semestinya seseorang itu tak mempunya bakat , actually i can perform better than this but rezeki tak sampai and yeah i studied last minutes . Its okay , jadikan kegagalan sebagai titik permulaan untuk mencapai kejayaan . Just don't give up . Quite frust , obviously yes !
Agak terpesona apabila melihat grade BI lagi tinggi daripada grade BM . -A and C . Haha , funny right ? Apakah bangsaku ?? LOL . Aku akui BM agak sukar untuk digoda , tapi aku target tinggi tau untuk BI . Usually aku lose marks sebab aku selalu sangat and tersangat sangat buat careless mistakes in exam . For Add Maths , Maths Mode , Physics and Chemistry , aku banyak sangat careless mistakes . Kalaulah aku check betul-betul , tapi aku check banyak kali actually , mesti dah dapat markah yang lagi better daripada ni . If my classmates can did well , why i'm not ? Aku pun boleh lah tapi diorang bagi semangat and dorongan dekat aku . Thanks kawan-kawan . Dalam science stream ni serious banyak sangat saingan and cabaran yang harus di tempuhi . I'll never give up , but i'm grateful that i passed in all of subject , Alhamdulillah . It might be a disappointment for me and my parents but it'll never last longer . I'll change it for the next time . Mula-mula tu agak susahlah nak terima kenyataan , and jealousy is around me . Whenever my friends got highest marks than me , i'll be like ... OH GOD THEY'RE GENIUS THEY'RE GENIUS !!! WHY I AM NOT LIKE THEM ?? WHY ?? WHY ??? Dudes , you don't put a lot of effort for it . Study more ... 

Kepada kawan-kawan yang mendapat grades lagi tinggi daripadaku , silalah tunjuk ajar saya yang agak kurang ini dan kepada yang mendapat markah yang tidak kita hasratkan , tidak mengapa , banyak lagi peperiksaan dan ujian yang akan di tempuh . Bukan sahaja di peringkat sekolah tetapi University pun ada
Remember this guys ! 

 . Semoga kita sama-sama mengapai kejayaan pada masa hadapan . Tak bermakna kita gagal selama-lamanya , sentiasa berusaha lebih , berdoa memohon kepada Allah dan bertawakkal lah kepadaNya . Jangan terlalu kecewa , kekecewaan akan berganti dengan kegembiraan , In Shaa Allah .

http://youtu.be/s98N4jxnC-E (watch this , may this help you)

Man Jadda Wa Jadda *correct me if i'm wrong* 


Move on =)

Okay , this is different . Everyone has crush right ? Kita akan menyukai seseorang secara diam , tak kiralah apa usia sekali pun . Saya tanya adik saya pun dia kata dia ada minat sorang budak tadika "standby hanger* . Tapi perasaan suka ni sama ke dengan cinta ? Tapi saya nak cakap pasal "Move On" and not fall in love .

Secara jujurnya saya meminati seseorang ynag merupakan classmate saya , sejak tahun lepas but he's not realized that i'm here for him . Bila susah cari saya , bila senang lupa pula ye ? . And i sometimes i feel stupid , "what is my point to love him till now ?" "He doesn't have any sincerity to befriend me" "Did i just fell in love with him coz if his smile ?" That is not make sense at all . Saya dah pernah confessed , bukan confessed yang saya suka dia tapi saya confessed yang saya sunyi , actually i'm not obsessed . I just wanna be his close friend . And guess what happened after i confessed ? He takes it as a jokes from me . You know i'm shouting in front of him ? I don't why he's so stupid , HE DON'T GET I I SAID !!!

Maybe he's not the best one , yeah i'm not going to say that i want to marry him . NO ITS NOT ! Just admire je lah , Day by day , saya rasa perasaan suka tu macam dah lenyap . I don't care if he's absent or sick , i'm being normal . Adakah ini menunjukkan saya dah tak meminati dia ? Tapi saya suka keadaan saya sekarang , i don't need to care a lot about him . I need to think about myself . Okay look , kalau dia suka saya balik , doesn't mean that he's my soulmate . Tapi betul lah orang cakap , move on bukan macam bukak plastik lollipop eah . Takes too long . Sampai masanya aku harus memikirkan masa depan dan hala tuju serta had laju *OMG PHYSICS* . Kita kisah pasal dia , dia bukannya kisah pasal kita pun kan ? Then i decided to move on , and akhirnya dia lenyap daripada hati dan fikiran saya . Alhamdulillah .....

Walaupun kita sayang sangat orang tu tapi tak pernah nak sedar , actually ada orang yang sedang menantikan kita and menyayangi kita lebih dari kita menyanyangi dia . Aku tak sukalah orang bagi statement "forever alone" dekat diri dia . HELLO ?! What about your parents ? Your friends ? Yang kiri kanan dekat bahu tu ? Still lagi nak cakap forever alone ? Kita tak pernah bersendirian , Allah kan ada =)

La tahzan , there's a person might be in love with you ;)



Datuk saya pergi umrah =)

Hello kawan-kawan , its been so long i didn't update my blog . LIKE SERIOUSLY ?! Lama gila kot rasanya dekat sebulan lebih tak menjengah , tahun ni penat sangat dengan marching training lah exam lah . Penat yang teramat , and now i'm a weekenders ! Weekends straight on this week , tapi homework mengalahkan sebulan ye . Its okay , i'm so used for it . So lets continue our topic ...

Beberapa minggu yang lepas , atuk kesayangan saya berlepas ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah . Bila dengar je atuk saya berada di Mekah and Madinah , saya teramatlah sayu and teruja . In Shaa Allah kalau ada rezeki , saya nak juga ke sana and bring along my family . Tapi masa atuk saya pergi tu kesihatan dia tak berapa nak elok lah , kesian atuk . Banyak sangat dugaan atuk dekat sana , susah nak bertawaf , beg hilang , barang hilang and so on . Tapi atuk still sabar and mujur ada seorang hamba Allah yang sangat prihatin menolong atuk saya . Terima kasih sangat-sangat =)

 
Kota Mekah bercahaya :')

And he's going to leave and back to Malaysia on this week . Actually kan , atuk saya sepatutnya dah sampai Malaysia tau tapi something bad happened in plane !! You know what , plane tu baru nak fly tiba-tiba ada something exploded in those plane . Rupa-rupanya engine terbakar and suasana dekat sana serious bising gila . Makcik-makcik semua ada yang menangis , turun dari plane lintang pukang ! Diorang ada buat siasatan , ada seorang warga *censored* telah membawa sedikit tanah haram masuk kedalam beg . Tak tau apa tujuan dia tapi maybe untuk sesuatu yang syirik and khurafat . Mana boleh ambil tanah haram , even pijak semut ke , petik daun ke , semua tu tak boleh buat dekat sana ! Seorang buat dajjal , semua jadi mangsa . Akibat nila setitik , rosak sebelanga . Saya harap atuk akan selamat sampai ke tanahair , kami sekeluarga menunggu kepulangan atuk !

Ya Allah , sebelum malaikat Izrail mencabut nyawaku , izinkanlah aku dan keluargaku menjejakan kaki ke Mekah untuk melihat keindahan Kaabah dan juga menunaikan ibadah umrah dan haji . In Shaa Allah , Allahuma Aamiin :')

Cantik kan ? The beautiful things ever 

Friday, 15 February 2013

Kedah : Negeri Jelapang Padi =)


KEDAH DARUL AMAN =)

Hello , jumpa lagi dalam update selepas "Kerana Cintaku Saerah" ^^ . So , sekarang ni saya nak cerita perjalanan saya ke Kedah masa hari Sabtu yang lepas . And sekarang saya merindui Kedah , Kedah lah kampung halaman yang terbaik . Dengan padi yang menghijau , langit yang membiru dah cukup membuat aku tenang dan tidak memikirkan masalah homework yang melanda diri . Ceh ayat ! Boleh buat cerpen , aku back to topic ye =D

Actually my family and I bertolak dari rumah pada pukul 12 tengahari . Perjalanan memakan 12 jam untuk sampai ke destinasi . Tapi dalam keadaan yang jammed gegila membuatkan masa akan bertambah menjadi 24 jam untuk sampai ke Kedah ! Aku pula tak sabar nak balik Kedah ! So my dad decided to back to our home and bertolak lewat sikit sebab masa tu tak jammed sangat and mungkin boleh sampai awal . So paah balik ke rumah . Ayah aku membuta dah , aku pula terlalu excited sampai tak boleh tidur kot ? Then kami bertolak pada pukul 11 malam pada hari Sabtu . Masa tu heaven gila lah dekat jalan raya , tak jammed and kereta pun laju je meluncur bergerak atas jalan . Lama jugalah masa yag diambil , dalam pukul 5:30 gitu ayah  saya berhenti nak tidur kejap . Sebenarnya kan , saya tak suka tau kalau berjalan asyik berhenti makan or tidur banyak-banyak kali . Tapi , yelah kita tak memandu . Yang memandu tu ayah saya so saya sebagai anak kenalah prihatin , penat tu bawa kereta nak ke Kedah ! Tidur dalam 2 jam , pukul 7 lebih tu nak breakfast dulu . Dalam hati dah merungut "Haissh bila nak sampai Kedah ni ??!!" . Haha , saya tak matang lagi =D

Dah breakfast kami pun meneruskan perjalanan , saya kalau nak tidur mata ni macam hidup tak nak mati tak mahu je . Adik saya dah terlena sebelah saya , saya ni yang terlebih excited nak balik Kedah . Maklumlah , lama tak balik . Rindulah dekat relatives dekat sana . Kami sampai pada pukul 2:30 petang macam tulah . Bertolak hari Sabtu malam akhirnya sampai Ahad siang . Gila lama . Dah sampai tu kami pun bersihkan lah diri yelah dalam kereta saya tak ada bilik air nak mandi . Air dekat kampung mana ada macam air dekat bandar ni , sejuk dia lain tau ! Menusuk sampai ke tulang . Tapi badan segar gila lah lepas mandi dekat rumah Tok Wan saya . Saya dan keluarga stay Kedah dalam tiga hari . Seriously tak cukup okay ! Cikgu seharusnya bagi cuti yang lama ! Ceh , cuti cukup sebenarnya cuma ayah saya ada kerja so tak boleh stay lama-lama . Sedih sangat :'(

 
Cantik kan ?? Saya take pic ni tau !

Hari pertama saya tidur di rumah Mak Long saya , tidur dengan sepupu saya . Best gila ! Saya pergi sana nak mengenjoykan diri dengan suasana kampung , saya tak online sangat dekat sana . Hari kedua pun saya tidur rumah Mak Long . Saya juga mengangkut homework saya sekali sebab nak tanya Kak Nani saya . Kak Nani saya pandai woo ! Boleh di katakan keluarga belah Kedah ni pandai-pandai belaka . Saya jelah ketinggalan sedikit , tapi saya pandai juga okay *perasan,maafkan saya* . Tapi homework saya tak siap semua pun , banyak gila kot ? Haih , tapi ada yang dah siap . Kalau saya tak tanya Kak Nani rasa terbengkalai macam tu je agaknya . So hari yang ketiga saya tidur rumah Pak Su saya . Rumah Pak Su saya ni rumah baru , cantik sangat ! Rumah boleh tahan besar , budak-budak kecik pun buat macam padang bola . Dan hari ini jugalah hari terakhir saya berada di Kedah . Menaip ni pun rasa sedih and rindu gila ! Saya nak sangat patah balik masa , kalau boleh saya nak duduk sana terus , sekolah sana terus ! Walaupun di hiasi dengan padi yang cantik saja , tapi inilah yang saya nak . Saya mencari ketenangan di sini . Tengok padi langsung tak bosan , cantik sangat . Nak balik lagi =((

Dah bermalam selama tiga hari di Kedah lalu kami pun pulang dengan berat hati . Berat sangat hati nak meninggalkan kampung kesayangan saya . Semoga kita akan berjumpa lagi , mungkin hari raya tahun ni ?? In Shaa Allah kalau masih berkesempatan , kita jumpa lagi . Haih , tak sabar nak raya , nak balik Kedah lagi !!!

Rindunya nak tengok padi 

Itulah cerita saya untuk topik hari ni , korang pun mesti balik kampung kan ?? Jadi saya nak mengakhiri cerita ini dengan ucapan "bye" . Haha , kalau ada idea saya update lagi ^^
Semoga terhibur , selamat bercuti semua ! =)

~Aku Anak Kedah Dan Aku Bangga~

The Best Of The Best Drama ~

Hi korang ! Assalamualaikum , sihat ? Lama gila tak bukak and tak update blog . Sekarang ni tengah bercuti , tapi dah nak habis pun . Sedihnyaaa >.< . Baru ni saya balik ke kampung halaman saya , Kedah . Saya sayang Kedah , saya suka tengok padi yang menghijau . Nanti saya akan ceritakan perjalanan saya ke sana tapi sekarang ni saya nak ceritakan tentang drama yang amat saya suka . SERIOUSLY THE BEST ! From my opinion lah sebab saya rasa jalan cerita dia boleh di terima akal and memang tangkap leleh gila . Banyak kali nangis kot ? Drama bersirinya ialah "Kerana Cintaku Saerah" . Dah tengok ?? Saya tengok masa saya darjah lima tapi tak berapa nak ingat so saya buat movie marathon tengok setiap episode dalam satu hari . Memang best gila , korang tengoklah dalam Youtube dah ada ^^
Yang ni lah ^^

Jujur lah aku cakap , walaupun cerita ni dah lama kan tapi still dapat tarik perasaan aku . Dengan lagu Imran Ajmain Seribu Tahun , memang sesuai gila lagu ni dengan cerita ni . Saya ni dok tahanlah air mata tapi akhirnya gugur juga , kerja menangis je tengok ! Cerita ni pun terdiri daripada barisan pelakon yang amat berbakat and lakonan diorang menjadi gila ! Kalau korang dah tengok bagitaulah saya nak pendapat . Saya rasa ramai yang suka cerita ni , nanti kalau saya free saya nak tengok semula =D

Barisan Pelakon :














Saya tak tau kenapa saya promote sekarang , tapi dia punya best membuat saya nak mempromote dalam blog saya . Dulu tengok tak berapa nak menghayati sebab masa tu zaman budak hingusan tak faham cerita , sekarang tengok barulah ada emotional sikit . Haih , rindu gila cerita ni . Bila tengok cerita ni mesti ingat dekat Kedah sebab dalam cerita ni ada Padi , sebijik lah . Ada yang watak jahat serious rasa nak tumbuk skrin laptop ni , ada yang watak geram geramlah . Ada watak sedih memang standby tisu lah . Semua ada , ada juga selitkan unsur kelakar . Everything is complete lah orang cakap =)

Kalau yang belum tengok , sila tengok . Yang perempuan mesti tadah baldi , yang lelaki tak nangis aku rasa =D
So , saya akan update lagi hari ni sebab tak tau bila lagi boleh update . Semoga terhibur , bye ^^


                                                                   



Saturday, 2 February 2013

Ibu ratu hati kita =)

Hello Assalamualaikum semua stalkers , kita jumpa lagi pada malam yang tenang ini . Dah lama saya tak jenguk blog saya , banyak sangat assignment homework . Sejak naik Form 4 ni rasa macam tak cukup rehat je . Tak apalah , nak berjaya kena usaha kan ? Okay lupakan homework , saya nak ulas sikit tentang topic yang tertera di atas ni .

Parents is the most precious human given from Allah S.W.T but did we treat them like the way that they treat us from baby until now ? Think about it . Biasanya kita akan jumpa drama typical yang ada anak derhaka sepak terajang mak kan ?? Jangan terkejutlah sebab dekat dunia yang nyata ni pun ada sebenarnya tapi mostly kita dah tahu kan ? Mungkin bagi yang muda ni tak pernah lah buat macam tu tapi jangan ingat kita tak kan buat , sebab itu pentingnya iman dan pegangan agama dalam diri . Bila kita dah besar , dah ada kerja bergaji besar , rumah besar , pangkat besar and ada gelaran "darjat dunia" , kita akan lalai dan mula lupa diri . Wahai anak , janganlah derhaka dengan mak . Berkata "ah" pun tak boleh inikan pula nak menengking mak sendiri . And kita tahu tak semua mak ada pegangan , tapi seburuk-buruk makan pun mak kita , dialah yang kandung kita 9 bulan and melahirkan kita .

Sebagai seorang anak , kita kenalah doakan kesejahteraan ibu . Tapi jangan lupa pula bapa kita , dialah yang mencari rezeki untuk bagi makan and pakai kita . Tak kiralah , miskin ke kaya ke , kita kena bersyukur . Bukan senang tau jadi ibu ni , walaupun saya tak ada pengalaman =D . Tapi saya tahu nak jadi ibu ni memerlukan banyak pengorbanan . Dia kandungkan kita dan mengalami proses bersalin yang amat sukar dan jika mati seorang ibu kerana melahirkan anaknya , dia dikira mati syahid . Bila dah bersalin , dia menjaga kita and kita pula kerja asyik nak menangis je . Ibu pun sabar , sanggup tak tidur malam sebab jaga kita and nak tidurkan kita . Banyak lagi pengorbanan seorang ibu , sampai sekarang kita dah besar panjang pun dia masih berkorban untuk kebahagiaan kita .

Utamakan ibu dulu . Biasanya remaja zaman sekarang lebih sayangkan BF/GF and kawan-kawan lebih daripada ibu . Kawan atau kekasih ajak keluar laju je kita ikut . Bila ibu ajak kita luangkan masa , ada je alasan kita . Kenapa jadi macam ni ? Sedangkan ibulah yang lebih kenal kita , yang lebih memahami kita . Hargailah ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita .

Janganlah kita menderhakai ibu kerana ibulah yang selalu mendoakan kita siang dan malam . Jika perginya seorang manusia yang bergelar ibu , maka terputuslah berkat doa daripadanya . Biarlah kita hilang harta , janganlah kita kehilangan ibu kita dalam keadaan kita tidak berjasa kepadanya .

Semoga terhibur , Assalamualaikum =)

Monday, 28 January 2013

A day with my best friend ^_^

Assalamualaikum stalkers-stalkers sekalian , apa khabar semua ? Jawab dalam hati je =) . Alhamdulillah saya sihat walafiat dan hari ini adalah hari terakhir saya akan bercuti so esok akan bermulalah tugas sebagai seorang students kembali . Saya tahu ramai yang rasa masa ni sangat singkat , cuti 5 hari rasa macam 3 hari je kan ? Saya pun macam tu juga , apa-apa pun saya tetap seorang yang pemalas . Homework jangan cakaplah , ada je yang belum siap . Baru-baru ni saya gathered back dengan best friends saya , memang happy sangat masa tu . Yeah we've spent about a few hours together .

We met at Pusar Bandar , ni memang tempat yang rasmi untuk kiteorang . Pergi makan-makan and have fun . Miss sangat moments dengan diorang , rasa sekejap je jumpa . Bila fikir kan , rasa menyesal sangat pindah sekolah . Tapi semua ni mesti ada hikmah . Hidup mesti diteruskan . We laughed a lot , we just rocked everything without cared other perceptions . Biarlah , asalkan kami bahagia .

Then , kami berkaraokae bersama-sama . Lagu One Direction jadi mangsa aku , si Pyqa nyanyi lagu Taylor Swift and Hanim pun nyanyi lagu Taylor Swift . Si Intan ni hanya mampu menjadi penyokong kami sebab dia ni jenis pendiam and pemalu , tapi comel okay ! Dia nyanyi dalam hati mungkin . We karaokae almost one hour , kiteorang masuk bilik yang besar sikit . Masa pun berlalu , and akhirnya si Syafiqah Najiha sleep over in my house ! Mum allowed her to sleep together with me . We spent a night together .

Malam tu memang banyak bendalah yang kami buat , layan Twitter , Facebook and at midnight kami dengar Misteri Jam 12 , serious seram . Yang si Pyqa ni penakut sangat , saya tak tahu dia dengar ke tak tapi mungkin dia dengar . Memang seram , kerja cerita hantu je . Haih , macam saya cakaplah , masa amat jealous dengan kami . The next day , she went back home and i was in a bad mood . Yelah , adalah sebab-sebab . Everything just mix up . Tak nak bagi dia baliklah , tak nak pergi sekolah lah , homework banyaklah , mak membebel lah and banyak lagi . Serious sangat sedih !

Apa-apa pun , mereka sentiasa dalam hati saya walaupun jauh di mata . Rindu yang teramat walaupun dah berjumpa , kita jumpa lagi ye F4 ?? Hhehe , selamat maju jaya dalam test yang semakin hampir dengan korang ! Good luck girls !

Itulah coretan untuk hari ni , semoga berjumpa lagi ...

Assalamualaikum ^_^

Saturday, 26 January 2013

Obses mencantikkan luaran

Hello Assalamualaikum semua , dah lama tak update blog . Banyak kerja sikit ada hal sikit . Homework lah , apa lah . Haih , baru form 4 dah banyak kerja nak kena buat . Kalau masuk University nanti speechless agaknya . So how's the hang yo ?? I'm doing fine , walaupun agak sedih sebenarnya . Ignore it , saya nak ceritakan tentang kecantikan yang membuatkan segelintir perempuan dan juga wanita menjadi obses untuk memilikinya dengan apa-apa cara sekali pun .

Okay , bahan kosmetik dah bersepah dekat kedai . Fair and Lovely lah , Safi Balqis lah , saya guna Clean and Clear Clear Fairness . Saya guna yang murah-murah je , tak payah lah yang mahal-mahal ni sebab saya masih awet muda remaja . Some people terlalu boros bab kecantikan , sanggup melaburkan beribu-ribu ringgit untuk mencantikkan wajah .

Petua-petua orang kampung . Saya pun amalkan lah juga tapi tak selalu sebab malas tak ada masa . Ada yang letak madu dekat muka , pakai bedak sejuk , masker and banyak lagi . Saya pun suka juga petua-petua ni sebab murah and menjimatkkan wang ringgit . Beli produk pun kadang-kadang bukannya sesuai dengan kulit muka kita ni . Petua-petua ni biasanya tak ada bahan kimia , produk ni pun kena tengok bahan dia .

PEMBEDAHAN PLASTIK . SAY NO TO PLASTIC SURGERY . Wahai kaum hawa , janganlah engkau mengubah ciptaan Allah yang sudah sempurna dan cantik . Berdosa semua ni . Banyak cara lagi nak kelihatan cantik tapi janganlah buat plastic surgery bagi yang Muslims .

Botox , haa yang ni pun haram dalam Islam ye . Jangan sesekali mengubah ciptaan Allah . Biarlah macam mana rupa pun , dalam syurga nanti cantiklah =)

Saya akui saya pun obses dengan kecantikan tapi adakah kita sedar , kita sibuk mecantikkan luaran tapi tak nak mencantikkan hati kita dan peribadi kita . Biarlah tak berapa cantik dari luaran , asalkan cantik dari dalaman . Biarlah kita tidak dipandang cantik di mata manusia , asalkan kita cantik di mata Allah . So , bersama-sama lah kita memperindahkan dalaman dan tidak lupa juga luaran . Allah tak larang kita untuk kelihatan cantik tapi mestilah berpada-pada and tidak melanggar syariat islam .

Renung-renungkan , Assalamualaikum .... ^_^

Thursday, 24 January 2013

Kekasih Allah :')

Hello Assalamualaikum kepada para pembaca blog saya . Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua muslimin musliman di dunia . Tak kiralah hari apa , esok ke , lusa ke , sentiasala perbanyakkan selawat ke atasnya . Semoga kita akan disyafaatkan olehnya pada hari akhirat nanti . Bila cerita pasal Rasulullah , yang muslim mesti ada yang kenal dengan sifatnya yang sangat lemah lembut .

Rasulullah never hit a woman , dia seorang yang sangat penyayang . Sahabat-sahabat baginda amat menyayangi Rasulullah . Adakah kita menyanjungi Rasulullah seperti mana sahabat-sahabat Rasulullah lakukan ? Saya agak sedih and mungkin ada yang terasa hati tapi saya harus cakap . Anak-anak muda zaman sekarang senang terpengaruh dengan K-POP dan hiburan barat sehingga menjadi terlalu obses dan menyanjungi selebriti tersebut . Sayang , mereka semua takkan membawa kita ke syurga pun . Ingat , islam tak melarang kita untuk berhibur , tapi mestilah berpada-pada . Bila kita dengar lagu sampai layan perasaan , itu akan melaghakan kita . Susahnya nak menyanjungi islam tapi senangnya nak mengagungkan selebriti . Inilah pengaruh , macam saya cakap . Kita sedangpun dijajah dari segi mental cuma kita tak sedar . Oleh itu , janganlah tinggalkan solat dan beramal lah seperti Nabi kita . Amalkan sunnahnya dan cintailah dia dengan berselawat .

Banyak sangat sifat-sifat keperibadian yang ada pada diri Rasulullah . Kita pun boleh mengamalkan sifat-sifat tersebut dan mempraktikkan dalam kehidupan kita .

Sekarang saya nak bercerita tentang satu kisah , Rasulullah ada satu sunnah yang selalu di buat pada setiap petang di pinggir kota madinah . Di sana terdapat seorang pengemis yahudi yang buta . Setiap hari Rasulullah akan menyuapnya roti yang dicicah dengan susu . Namun , segala apa yang dilakukan oleh Rasulullah di balas dengan caci maki oleh pengemis yang buta itu . Rasulullah tetap melakukannya sehinggalah  kewafatannya . Setelah kewafatan baginda , Saidina Abu Bakar berjumpa dengan Aisyah untuk bertanya . "Apakah sunnah Rasulullah yang belum pernah aku lakukan ?" Kata Saidina Abu Bakar . Lalu Aisyah berkata , "Wahai bapaku , seluruh sunnah Rasulullah telah kau lakukan tapi ada satu yang mungkin orang lain tidak boleh buat" "Apa dia Aisyah ?" "Rasulullah setiap petang membawa roti dan susu untuk menyuapkan seorang lelaki di hujung kota Madinah" "Siapa lelaki itu ?" "Jika engkau pergi ke sana , engkau akan lihat seorang lelaki yahudi yang buta matanya maka orang itu adalah orangnya" "Baiklah , aku akan lakukan" "Betul kau boleh lakukan ?" "Aku akan cuba lakukan sunnah Nabi" Maka dibawanya roti dan susu untuk bertemu dengan lelaki itu . Setelah sampai di situ , dia melihat lelaki yahudi buta itu mengeluarkan kata-kata yang kesat . "Celaka Muhammad ! Celaka Muhammad !" Maka Saidina Abu Bakar datang untuk menyuapkan makanan lalu lelaki itu menggangguk . "Bukankah engkau yang selalu datang dan menyuapkan makanan kepada ku ?" . Setelah pertama kali Saidina Abu Bakar menyuapkan makanan ke dalam mulut orang itu , lelaki itu berhenti mengunyah lalau berkata cukup . "Engkau bukan lelaki yang biasa menyuapkan makanan kepadaku , engkau bukan lelaki yang biasa menyuapkan makanan ke dalam mulut ku , engkau bukan lelaki yang biasa menyuapkan makanan ke dalam mulut ku" "Kenapa wahai pak cik , kenapa ?" Kata Abu Bakar . "Kerana lelaki yang menyuapkan makanan kepada ku itu pada setiap petang , dia menyuapkan makanan ke dalam mulutku dengan penuh kasih sayang sehingga aku menelan makanan itu dengan aman dan tenteram . Maka engkau ternyata bukan lelaki yang menyuapkan makanan ke dalam mulut ku setiap petang" . Abu Bakar pun berkata , "Wahai pak cik , apakah pak cik tahu ataupun tidak ? Lelaki yang telah menyuapkan makanan ke dalam mulut pak cik itu dengan penuh kasih sayang telah pun meninggal dunia . Wahai Pak cik ! Dialah Nabi Muhammad SAW yang pak cik maki setiap petang , yang pak cik keluarkan perkataan celaka Muhammad . Muhammad itulah yang menyuapkan makanan ke dalam mulut pak cik" Maka lelaki tua itu menangis teresak-esak sambil mengungkapkan "Asyhadualailahaillallah waasyhaduannamuhammadarrasulullah" . Akhirnya lelaki buta itu memeluk islam dan memegang akidah yang kita pegang semaata-mata kerana akhlak Muhammad yang tidak balas kejahatan manusia terhadapnya tetapi di balas dengan suapan makanan .

Apabila saya mendengar kisah ini , saya menitiskan air mata . Betapa mulianya Rasulullah , betapa kasihnya Rasulullah terhadap manusia dan umatnya . Ya Allah , rindunya kami kepadanya . Itulah kisah yang telah saya dengar di Youtube . Kasihilah Rasulullah yang telah banyak berkorban untuk kita , sayangilah baginda . Kasihnya tiada bandingan :')
Terima kasih , Rasulullah :')


Salam Maulidur Rasul , Assalamualaikum....

Wednesday, 23 January 2013

Sedih

Hello guys , Assalamualaikum . Jumpa lagi kita hari ni , just nak share perasaan sedih sikit . Banyak benda yang saya fikir sebenarnya , cuma diorang je yang tahu . Malam-malam macam ni memang senang nak kesat air mata tau , betul saya cakap . I'm an emotional type .

I don't get the point why did they called me an arrogant at school . Since i move there , everything has changed . We're used to be friend but suddenly we become so awkward . Kalau saya rasa ni salah saya , saya minta maaf . Tapi saya dah minta maaf , langsung tak bagi respond . I'm so regret for what i've done . Seriously , i'm so mad and sad . Kalau aku buat salah , tegurlah . So aku boleh perbetulkan . Okay , now i admit . People changed , tapi kawan-kawan baik saya dekat sekolah lama takkan berubah . Diorang akan sentiasa ingat saya , i hope so :'(

Bila duduk sana , rasa sepi sangat . Saya share dengan Pyqa , dia faham apa yang saya rasa . Saya tak nak benda yang sama jadi , masa saya 12 tahun dulu . Now i have to take a risk . Time cannot be rewind back , i miss my girls a lot :'( . Everything has changed , so do i . From a talkative girl become a quite , a girl with full of laughter suddenly just know how to smile and heal the pain by herself . What a sad life for 2013 . Seems like 2013 will be a nightmare for me . I have to face all of this , all of this obstacles in front of me . The obstacles that must be defeat .

Walau apa-apa pun , tak ada siapa boleh gantikan Pyqa , Hanim , Intan and my cyber best friend , Asyilla Malik . I love you so much ! So please don't leave me behind , have a pity on me . I'm so lonely now , thanks Allah for met me up with you guys . I'm grateful enough because i have you . Semoga kita akan sentiasa bersama-sama mengikat kuat tali persahabatan kita agar tidak akan terputus . Semoga Allah merahmati sesiapa yang sentiasa mendoakan kebahagiaan aku . Ya Allah , please heal my pain . Please help me to forget him who doesn't know how to appreciate me . Please keep me strong . Thank You Allah .

Apa-apa pun , Salam Maulidur Rasul . Semoga kita di beri syafaat olehnya . Amin ~


Assalamualaikum... ^_^

Merentas Desa =D

Hi there ! Assalamualaikum , hello people . Hari ni hari yang agak memenatkan tapi hari yang best and i didn't expected for today . Pengalaman yang best and adventure , kalau ada "F4" saya mesti lagi hebat . Macam-macam yang jadi , saya ni pula antibody tak berapa nak kuat . Hehe , tak apalah . Lets gain experience as much as we want .

Mula-mula sesi warm up , saya buat gitu-gitu je sebab kita bercampur and saya agak segan . Tapi still buat sebab saya tak nak menanggung risiko yang tinggi !! Dah lepas warm kami pun bersiap sedia nak berlari ni , masa nak start lari tu hati berdebar-debar gila sebab excited and tak sabar . Track dia pun boleh tahan jauh jugalah berbanding dengan track sekolah lama saya , kitorang kene lari dalam 7-8 km . Saya main agak je tapi serious jauh .

Then , kitorang menempuhi hutan and lumpur-lumpur yang slippery , habis kasut saya dengan seluar terkena lumpur . Dalam hati cakap ,"Ni baru merentas desa" tapi merungut jugalah . Siapa suka kasut dengan seluar kotor kan , tapi tak apa . We must be an optimistic person , how we gonna gain experience and knowledge if we just keep complain and complain . Lagipun benda ni sekali seumur hidup , tadi pun hampi-hampir nak terjatuh . Haha , tapi memang bestlah .

Walaupun rumah sukan saya tak menang tak mendapat tempat yang teratas , tapi kami berusaha dengan bersungguh-sungguh and tahniah kepada rumah sukan yang menang . Ada rezeki kita lawan lagi ! Yang mana hebat-hebat belaka tu kita hantarlah , saya duduk diam je . Muka muda tapi badan amat tua , saya bukannya orang gym ke apa , kalau nak suruh exercise ? Saya orang pertama yang akan terjelopok ke bumi dahulu . Yeah , i just keep my fat under my six packs abs . Ceh ! Six packs konon . Sayangnya hari ni saya tak take picture sebab tak bawa phone , memang sadislah . Tak apalah , semuanya dah tersimpan dalam memory di kepala . Okaylah , tu je nak cerita . Malam ni In Shaa Allah kalau ada apa-apa nak cerita , saya post lah lagi . Thank for reading , enjoy your life !

"Teamwork is very important in everything that we did together , its gonna be such a sweet memorable moments"

Assalamualaikum ^_^

Tuesday, 22 January 2013

Cakap senang lah !


Okay , Assalamualaikum . Hmm nampaknya agak susah nak update sejak kebelakangan ini , there's a lot of homework that should be done . So tiring . Apa-apa pun saya akan cuba mencari masa untuk mengupdate blog . Hehe , kami buddyz takan terpisah . Sebenarnya mood agak marah tau , adalah sorang ni , selalu buat saya sakit hati . Kalau boleh nak dengar cakap dia je , serious itu amat annoying .

Dia ni kira abang angkat sayalah and saya sebenarnya nak akhiri perhubungan "Fake brother and sister" ni tau because he used to be my friend actually . Suddenly he demand to be my brother . How can i be his brother ?? We're friend before . And this is possibly spoil everything . Saya nak cerita dengan dia tentang sekolah and saja-saja on the phone sebab tengah kebosanan . Saya cerita and cerita tapi dia macam ambil mudah je dengan segala masalah yang saya hadapi seolah-olah saya boleh deal dengan masalah ni . Agak membazir air liur sebenarnya bila bercerita dengan dia , and we're not that close . Macam saya cakap , dia tu cuma kawan saya .

Apa yang saya cakap , semuanya tak betul . Penat tau sebenarnya . I wish i could end all of this . Bila saya tak call dia , dia nak merajuklah , marahlah . And bila saya cakap saya busy dia anggap saya bagi alasan . Dia langsung tak faham dengan situasi saya , saya pun banyak benda nak fikir . Sekolah lagi , homework lagi and so on . So dia tak ada hak nak marah-marah saya . Seriously , saya bukan nak burukkan dia tapi saya betul-betul tak suka dengan "fake family" melainkan dia seorang perempuan . Saya tak berapa nak berkenan bab adik abang angkat ni tau . Lebih baik utamakan family sendiri .

Bayangkan , kita dulu cakap "kau aku" . Tetiba kena cakap "adik abang" . Saya geli nak panggil abang , tak tau sebab saya garang dengan lelaki . Kawan-kawan saya kenal siapa saya , haih . Kali ni nak luahkan perasaan jelah . Saya betul-betul nak akhirkan semua ni , saya letih . Saya kena jaga ramai hati orang termasuk hati saya sendiri . Kalau hubungan ni dah habis , saya tak nak dia kecewa and fikir bukan-bukan . Saya cuma tak selesa . Apa-apa pun , terima kasih untuk segalanya . Kau tetap kawan aku .

Assalamualaikum.....