KEDAH DARUL AMAN =)
Hello , jumpa lagi dalam update selepas "Kerana Cintaku Saerah" ^^ . So , sekarang ni saya nak cerita perjalanan saya ke Kedah masa hari Sabtu yang lepas . And sekarang saya merindui Kedah , Kedah lah kampung halaman yang terbaik . Dengan padi yang menghijau , langit yang membiru dah cukup membuat aku tenang dan tidak memikirkan masalah
homework yang melanda diri . Ceh ayat ! Boleh buat cerpen , aku back to topic ye =D
Actually my family and I bertolak dari rumah pada pukul 12 tengahari . Perjalanan memakan 12 jam untuk sampai ke destinasi . Tapi dalam keadaan yang jammed gegila membuatkan masa akan bertambah menjadi 24 jam untuk sampai ke Kedah ! Aku pula tak sabar nak balik Kedah ! So my dad decided to back to our home and bertolak lewat sikit sebab masa tu tak jammed sangat and mungkin boleh sampai awal . So paah balik ke rumah . Ayah aku membuta dah , aku pula terlalu excited sampai tak boleh tidur kot ? Then kami bertolak pada pukul 11 malam pada hari Sabtu . Masa tu heaven gila lah dekat jalan raya , tak jammed and kereta pun laju je
meluncur bergerak atas jalan . Lama jugalah masa yag diambil , dalam pukul 5:30 gitu ayah saya berhenti nak tidur kejap . Sebenarnya kan , saya tak suka tau kalau berjalan asyik berhenti makan or tidur banyak-banyak kali . Tapi , yelah kita tak memandu . Yang memandu tu ayah saya so saya sebagai anak kenalah prihatin , penat tu bawa kereta nak ke Kedah ! Tidur dalam 2 jam , pukul 7 lebih tu nak breakfast dulu . Dalam hati dah merungut "Haissh bila nak sampai Kedah ni ??!!" . Haha , saya tak matang lagi =D
Dah breakfast kami pun meneruskan perjalanan , saya kalau nak tidur mata ni macam hidup tak nak mati tak mahu je . Adik saya dah terlena sebelah saya , saya ni yang terlebih excited nak balik Kedah . Maklumlah , lama tak balik . Rindulah dekat relatives dekat sana . Kami sampai pada pukul 2:30 petang macam tulah . Bertolak hari Sabtu malam akhirnya sampai Ahad siang . Gila lama . Dah sampai tu kami pun bersihkan lah diri yelah dalam kereta saya tak ada bilik air nak mandi . Air dekat kampung mana ada macam air dekat bandar ni , sejuk dia lain tau ! Menusuk sampai ke tulang . Tapi badan segar gila lah lepas mandi dekat rumah Tok Wan saya . Saya dan keluarga stay Kedah dalam tiga hari . Seriously tak cukup okay ! Cikgu seharusnya bagi cuti yang lama ! Ceh , cuti cukup sebenarnya cuma ayah saya ada kerja so tak boleh stay lama-lama . Sedih sangat :'(
Cantik kan ?? Saya take pic ni tau !
Hari pertama saya tidur di rumah Mak Long saya , tidur dengan sepupu saya . Best gila ! Saya pergi sana nak mengenjoykan diri dengan suasana kampung , saya tak online sangat dekat sana . Hari kedua pun saya tidur rumah Mak Long . Saya juga mengangkut homework saya sekali sebab nak tanya Kak Nani saya . Kak Nani saya pandai woo ! Boleh di katakan keluarga belah Kedah ni pandai-pandai belaka . Saya jelah ketinggalan sedikit , tapi saya pandai juga okay *perasan,maafkan saya* . Tapi homework saya tak siap semua pun , banyak gila kot ? Haih , tapi ada yang dah siap . Kalau saya tak tanya Kak Nani rasa terbengkalai macam tu je agaknya . So hari yang ketiga saya tidur rumah Pak Su saya . Rumah Pak Su saya ni rumah baru , cantik sangat ! Rumah boleh tahan besar , budak-budak kecik pun buat macam padang bola . Dan hari ini jugalah hari terakhir saya berada di Kedah . Menaip ni pun rasa sedih and rindu gila ! Saya nak sangat patah balik masa , kalau boleh saya nak duduk sana terus , sekolah sana terus ! Walaupun di hiasi dengan padi yang cantik saja , tapi inilah yang saya nak . Saya mencari ketenangan di sini . Tengok padi langsung tak bosan , cantik sangat . Nak balik lagi =((
Dah bermalam selama tiga hari di Kedah lalu kami pun pulang dengan berat hati . Berat sangat hati nak meninggalkan kampung kesayangan saya . Semoga kita akan berjumpa lagi , mungkin hari raya tahun ni ?? In Shaa Allah kalau masih berkesempatan , kita jumpa lagi . Haih , tak sabar nak raya , nak balik Kedah lagi !!!
Rindunya nak tengok padi
Itulah cerita saya untuk topik hari ni , korang pun mesti balik kampung kan ?? Jadi saya nak mengakhiri cerita ini dengan ucapan "bye" . Haha , kalau ada idea saya update lagi ^^
Semoga terhibur , selamat bercuti semua ! =)
~Aku Anak Kedah Dan Aku Bangga~
No comments:
Post a Comment