Friday, 15 February 2013

The Best Of The Best Drama ~

Hi korang ! Assalamualaikum , sihat ? Lama gila tak bukak and tak update blog . Sekarang ni tengah bercuti , tapi dah nak habis pun . Sedihnyaaa >.< . Baru ni saya balik ke kampung halaman saya , Kedah . Saya sayang Kedah , saya suka tengok padi yang menghijau . Nanti saya akan ceritakan perjalanan saya ke sana tapi sekarang ni saya nak ceritakan tentang drama yang amat saya suka . SERIOUSLY THE BEST ! From my opinion lah sebab saya rasa jalan cerita dia boleh di terima akal and memang tangkap leleh gila . Banyak kali nangis kot ? Drama bersirinya ialah "Kerana Cintaku Saerah" . Dah tengok ?? Saya tengok masa saya darjah lima tapi tak berapa nak ingat so saya buat movie marathon tengok setiap episode dalam satu hari . Memang best gila , korang tengoklah dalam Youtube dah ada ^^
Yang ni lah ^^

Jujur lah aku cakap , walaupun cerita ni dah lama kan tapi still dapat tarik perasaan aku . Dengan lagu Imran Ajmain Seribu Tahun , memang sesuai gila lagu ni dengan cerita ni . Saya ni dok tahanlah air mata tapi akhirnya gugur juga , kerja menangis je tengok ! Cerita ni pun terdiri daripada barisan pelakon yang amat berbakat and lakonan diorang menjadi gila ! Kalau korang dah tengok bagitaulah saya nak pendapat . Saya rasa ramai yang suka cerita ni , nanti kalau saya free saya nak tengok semula =D

Barisan Pelakon :














Saya tak tau kenapa saya promote sekarang , tapi dia punya best membuat saya nak mempromote dalam blog saya . Dulu tengok tak berapa nak menghayati sebab masa tu zaman budak hingusan tak faham cerita , sekarang tengok barulah ada emotional sikit . Haih , rindu gila cerita ni . Bila tengok cerita ni mesti ingat dekat Kedah sebab dalam cerita ni ada Padi , sebijik lah . Ada yang watak jahat serious rasa nak tumbuk skrin laptop ni , ada yang watak geram geramlah . Ada watak sedih memang standby tisu lah . Semua ada , ada juga selitkan unsur kelakar . Everything is complete lah orang cakap =)

Kalau yang belum tengok , sila tengok . Yang perempuan mesti tadah baldi , yang lelaki tak nangis aku rasa =D
So , saya akan update lagi hari ni sebab tak tau bila lagi boleh update . Semoga terhibur , bye ^^


                                                                   



No comments: