Monday, 27 May 2013

EXAM PERTENGAHAN TAHUN

Hello Assalamualaikum semua and hi ! Homaigo lamanya tak update blog . Seriously i've been too busy nowadays , dengan examnya .. Nampak kan topic tu tulis apa ? Hehehe =) . So sekarang ni nak melepaskan rindu dengan blog gua dulu sebelum gua melayan novel kesayangan . So sekarang ni aku nak buat ulasan sikitlah pasal midterms yang telah pun aku lalui . Untuk subject Biology , Physics , Chemistry and Sejarah ada paper 3 . And i'm grateful that Add Maths didn't provide paper 3 . Jawab satu paper pun dah mental breakdown , ni kan pulak 3 paper . Puii ! *ludah*

Okay aku nak ulas untuk kertas Bahasa dulu ye . Bahasa Melayu , yay ! I love BM *SARCASM* . Aku tertanya-tanyalah , kenapalah dalam banyak-banyak subject yang aku terokai pelajari , ni lah subject yang dapat markah paling low sedangkan aku tiada kacukan inggeris mahupun chinese , ayah aku thai :P . Kalau time dulu kan masa zaman-zaman aku form 1 sampai 3 , karanganlah yang paling aku suka and aku tak berapa minat bab tatabahasa . Tapi dah naik form 4 ni mula lah jadi balak liat tak mau belajaq bahasa . Aku akuilah yang BM untuk tahun ni memang terlalu cerewet dalam pemarkahan . Karangan aku tu ntah berapa aku dapat . So aku target C atau B :') . Tak mampu nak target terlalu tinggi sebab masa aku mengarang pun idea tak berapa nak keluar . So paper1 dengan 2 semuanya susah . Okay , move to another subject , Bahasa Inggeris . Okay ni subject yang aku gemari sebab mudah sikit and pada aku subject ni tak complicated macam BM . Banyak bebeno . Overall semuanya okay , aku still ada idea nak mengarang and adalah part yang susah sikit macam literature tu kan . Susah sikitlah tapi aku just target B+ to A- . Dapat B pun dah okay *sebenarnya nak lebih kalau boleh* .

Sejarah . OH CRAP ! Aku tabik spring siapa-siapa yang boleh score and boleh jawab , hapai and sewaktu dengannya . Ni subject kedua yang paling aku suka selepas BM . Sejarah ada 3 paper . Okay paper 1 ni objective and tak susah sangat sebab kita banyak baca daripada memorized . Kalau nampak jawapan yang tertera tu mesti kita still boleh ingat kan ? Sampai dekat paper 2 . HOHO ! Keluar air mata aku kerana terkesima melihat soalan tu . Mulalah aku cakap "kalaulah aku baca awai2 , kalaulah aku bangun pagi ngadap modul sejarah , kalau lah tu , kalau lah ni" . Seribu penyesalan tiada guna . I crapped a lot for this paper . Adalah aku tinggal beberapa tempat kosong sebab tak tau nak merepek apa kan . Paper 3 aku dah start okay sikit sebab ni open book texts . Memang best jawab tapi tahanlah azab tangan letih nak buat karangan beserta masa selama 3 jam nak siapkan . Pada mereka tak cukup tapi aku siap dalam 2 jam 30 minit gitu so the next 30 minutes tu aku baring2 kejap , semak balik jawapan dan berharap agar paper 3 untuk sejarah ni boleh cover paper 2 yang holy crap annoying gila . Aku target C .

Maths mode . Yang ni okaylah . Ada 2 paper je . Paper 1 senang sikit daripada paper 2 . Paper 2 ni aku banyak tak dapa dekat bab Straight line . Bab yg aku tak suka bab straight line dengan set . HUH ! Seksa bai . Tapi boleh jawab lah . For this paper aku target B dulu . Malas nak target lebih2 nanti kecundang kecewa pulak . Pendidikan Islam ! Yeah i love this so much . Aku tak perli eah , serious aku suka subject . Kalau kelas PI ni mata aku bulat semacam . PI ada 2 `kertas . Dua-dua aku boleh jawab , Alhamdulillah . Aku maybe jenis yang menghafal sebab otak aku bukannya yang jenis pakar mengira tau , 25+5 kadang-kadang aku still lagi tekan calculator . LOL . Aku jenis menghafal tapi bukan untuk sejarah ye . Baca sekali mengantuk selamanya . Tapi kalau PI mudah sikitlah sebab ada yang boleh difikir logic akal . So aku harap dapat A- untuk subject ni . In Shaa Allah . Okay move to Chemistry . Chemistry ikutkan ada paper 3 untuk midterms ni tapi tak ada sebab ramai yang tak belajar lagi tapi soalan experiments tetap hadooo . Pui ! Paper 1 boleh tahan senang sebab soalan kiraan tak susah mana , paper 2 moderate and ada jugaklah aku tinggal kosong . Aku tak nak merapu-rapu . Soalan kiraan tak susah and paper 3 pulak yang aku crapped melebih-lebih . Aku tak ingat nak lukis experiments tu macam mana , procedure tu forgive lah . Hahaha so aku target B to B+ . Harap-harap dapatlah sebab Chemistry is my favourite science stream subjects =)


Add Maths . Hahaha subject aku sukalah jugak and mencabar tapi soalan tu macam tak berapa relevan untuk orang yang berotak kaki novel , kaki movie and kaki yang tak suka mengira , eh ? . Ada chapter yang senang and susah . Normal lah tu . Paper 1 senang sikit daripada paper 2 . Biasanya lah kan , kalau satu paper tu senang , so the next paper will be kinda difficult . Aku target D untuk paper ni . Shut up ! Aku tak suka mengira . Kalau lebih grade okay jugak :D . Physics , hi sayang ==" . Hak ni lagilah aku meraban . Cikgu aku and classmates suruh dapatkan B+ untuk subject ni . No sir . Impossible for me laaa . Paper 1 okay sikit , paper 2 susah and paper 3 susah . No backup marks . Aku target lulus jelah xDDD . Biology . Aku 50% suka and 50% lagi tak suka . Tengok bab lah . Paper 1 moderate , Paper tu okay sikit , PAPER 3 BAPAK SUSAH GILA :'/ . Experiments dia langsung aku tak tau , ada yang aku tak ingat tapi haih . Hmm aku target lulus jugak . Macam mana nak jadi doktor ni ?!

Accounts ? Aku tak ada accounts . Cukuplah bebanan ni , jangan ditambah . Itulah ulasan yang telas aku buat berdasarkan pengalaman aku dalam menempuhi zaman form 4 ni . Belum lagi akhir tahun , belum lagi SPM . Belum lagi SPM yang seterusnya . Tahu tak SPM seterusnya ? Soalan Padang Masyar . Wallahualam   . Aku sekarang dah bebas , buku ditolak ketepi . Baca novels di samping itu Al-Quran janganlah diabaikan . Kejarlah ilmu di dunia dan ilmu diakhirat , seimbangkan . In Shaa Allah pada masa akan datang aku akan perbaiki lagi segala kelemahan , jauhkan sikap malas memanjang . Midterms ni aku tak berapa nak serious sangat sebab terngiang-ngiang cuti dalam kepala hotak aku . Itu sahaja untuk post kali ini , jumpa di post yang seterusnya . Take a break sekejap . Ponat menaip .

Thanks for reading , Assalamualaikum =)

No comments: