Wednesday, 29 May 2013

IT'S WEEKENDS !!! =D

Hi , Assalamualaikum everyone =) Semalam kan ingat nak update blog tapi termengantuk awal lah pulak . So , hari ni aku naklah coret sikit sebab mood tengah sedih and biasalah , unsure feelings . Normal lah tu , girls . SO YEAH , it's weekends already and this is the first week of weekends . Aku cuti dua minggu je . Pada aku cuti dua minggu memang tak cukup tapi tak apalah , homework pun satu subject je . Kihkihkih . Tapi maybe aku akan dapat "extra weekends" sebab aku akan menjalankan pembedahan tekak pada hari Jumaat , 31 May 2013 pada pukul 2 petang . I'm scared of course tapi nak buat macam mana kan ? Ramadhan dah nak dekat so its better if i just go for it . Sebelum aku bedah tu hari Khamis aku plan nak jumpa best friends aku dulu , nak lepaskan ghinduu lew . Kiranya esoklah aku nak jumpa diorang . Pakai pun simple-simple je , bukannya keluar dating pun . So , doakan saya selamat menjalankan pembedahan ye ? =)

Actually cuti ni aku tersangatlah free , aku tak tau nak buat apa . Pada aku satu novel tak cukup untuk aku . Aku nak beli tapi ingat murah ke ? Aku ni bukannya jenis baca novel yang hok nipis tu , aku baca yang tebal tu woi ! Yang tebal tu aku boleh baca dalam satu hari . Kalau dah menghadap ke novel tu memang tak ingat nak mandi , makan , tidur dan online . Biasanya kalau aku baca novel aku akan online lewat malam sebab seharian aku akan habiskan baca novel tu . Depends on the thickness of the books lah . Hari ni ! Haha , aku baca novel "Gaduh-gaduh Sayang" . OMG best gila novel ni ! Novel tu tebal lah jugak , jalan cerita dia pun best ! Sebelum ni aku baca "Andai Itu Takdirnya" . Ya Allah sumpah aku cakap , novel ni dah berjaya membuatkan aku menangis tak henti-henti . Setiap bab tu memang tangkap leleh lah aku cakap . Tapi ending dia sweet . Aku tak berapa suka sangat ending yang sedih-sedih . Dah besar panjang ni aku tak layan sangat novel yang berunsurkan kebudak-budakan . You know what i mean ? Orang kata novel yang tak ada kaitan dengan cinta lah senang cakap . Dulu aku ketawakan kawan aku "Eh kau baca novel cinta , jiwang no kau ni ? Geli aku" haha. Last2 aku terperangkap dengan dunia novel cinta ni . Hehehe . Selain novel cinta , aku baca jugak buku yang berunsurkan falsafah , buku motivasi , buku-buku agama . Aku baru beli buku "La Tahzan , Don't Be Sad , Jangan Bersedih" hamboih panjang tajuk . Yang warna kuning tu , cuti ni aku nak baca sikit-sikit . Tak habis baca lagi .

Selain membaca , aku juga menjaga kulit wajahku . PUII ! Aku tak menjaga sangat imej aku , cara berpakaian aku . Cukuplah sekadar menutup aurat , itu dah cukup bagi aku . Aku tak berapa nak minat sangat bermakeup tebal-tebal , aku tak suka benda yang complicated . Aku kalau cuti memang focus pada bahagian muka . Tak adalah sampai nak cantik , at least kulit aku maintain putih and bersih dari sebarang parut dan jerawat . Aku kalau sampai watsons memang habis duit . Well sekali-sekala untuk diri sendiri . Lagipun aku guna duit aku . Aku belilah skincare , masker untuk pakai tiap-tiap minggu , bedak sejuk lah . Kadang-kadang aku guna petua-petua yang lebih natural macam madu , green tea and banyak lagi sebenarnya . Mak aku pun dah naik boring dah agaknya , aku buat diam-diam . Dia marah aku ngusik muka aku ni takut makin teruk . Tapi ada perubahan lah dari sebelum ni memang lagi teruk . Oh , aku baru je beli satu produk ni nama dia "AuraWhite" from my mak lang . Tengok testimoni ramai yang test kulit cantik je so aku pun start melabur . Aku tak minum lagi , tunggu lepas bedah and luka dah baik baru aku start minum dengan penuh consistent . Hehehe , mak aku pun join beli . Aku tak sabar nak minum sebenarnya . Kalau boleh nak repair kulit ni dalam masa cuti ni sebab aku malas nak berbedak tebal-tebal nak cover parut aku ni . Kang macam tepung gomak pulak terlebih putih .

Okaylah semua , aku dah start mengantuk dah ni . Mau tak mengantuk , update blog pukul 1:20AM . Nanti aku nak get ready aku punya lullaby songs , cuci muka then pi masuk tidoq . Bye semua :*

Assalamualaikum ! =)


No comments: