Saturday, 30 November 2013

Menyesal tak sudah

Hi , Assalamualaikum ! Kita bertemu lagi , hari ni baru free nak update blog . Actually baru-baru ni aku ada post pasal jaga muka kan ? Kulit aku bertambah baik dari hari ke hari . Tapi semua tu berhenti sebab aku test sabun susu beras collagen . Ya , sabun tu ! Aku malas nak post gambar , google sendiri .

Aku dapat free sabun tu sebab beli masker from my mak lang , sebelum ni aku pakai sabun lain tapi biasalah tangan aku ni gatal nak mencuba , pi lah lumuq sebanyak tidak buih dia dekat muka . First day gua pakai , peh lawa gila kulit muka aku , dengan putihnya , licinya . Aku rasa maybe sesuai so aku pun teruskan sampai ke hari ni , homaigod ! Kulit aku pedih yang teramat sampai buat aku takut nak masuk bilik air untuk mandi . Dia tinggalkan kesan hitam dekat tepi bibir , paling pedih dekat pipi and sekitar hidung . Dah lah esok aku nak gi Hong Kong . Aku pun basuh muka dengan air sejuk , tepuk2 muka dengan toner hada labo nak lembabkan kulit yang terextreme keringnya then pakai krim dherbs . Still rasa pedihnya ni cuma tak seteruk masa mandi tadi .

Persoalannya , kenapa masa hari pertama aku pakai kulit aku jadi cantik ? Patut ke aku teruskan pakai sabun ni sebab maybe ni permulaan dia nak peeling kulit ke hape ke ? Aku ada lah berlari-lari ke blog untuk cari maklumat , ada yang mengadu pedih pakai sabun tu . Ada pulak yang kata sekejap je , nanti lama-lama dia tak pedih . Aku pun konpius , kalau nak teruskan aku rasa macam takut makin terus . Esok nak gi jalan weyh jangan buat hal :'(

Ada suruh letak madu dekat muka untuk hilangkan rasa pedih , aku nak hilangkan kesan2 merah dan hitam dekat muka aku ni . Haish , ni lah padahnya kalau tangan tu gatai nak tukar2 barang . Produknya kata tiada bahan kimia , pehal muka aku pedih ? Haishh malam ni aku nak pakai peeling mask yang warna hitam then tido pakai mask royal whitening untu sejukkan kulit . Harap-harap muka kembali normal pada esok hari . Petang nanti aku tepek madu . So guys , beware !

Assalamualaikum =)

1 comment:

Anonymous said...

prnah pakai boya mask kan? so.. how? ok tak?