Thursday, 29 August 2013

Assobirun minal iman ...

Assalamualaikum , hi ! Kita jumpa lagi yek ? Aku baru je balik dari sekolah , balik terus terbongkang kepenatan . Hari ni dah dapat paper ujian , baru je dapat Add Math . Alhamdulillah ada yang senasib dengan aku , eh gitu pulak ? It's okay , aku dah rancang nak buat study group dengan budak genius sorang tu . Add Math dia 71% , Chemistry dia 98% . Sumpah aku dengki gila dengan dia . Soalan punya susah dia boleh dapat markah tinggi , well maybe cara belajar dia kan . Nanti aku suruh dia ajar aku , aku pun nak pandai juga . Okay macam topic dekat atas tu aku nak ceritalah sikit masa dekat sekolah tadi , haih sungguh sadis kayy .

Hari ni first day aku puasa enam tau , then aku siap-siap nak pergi sekolah . Sampai je depan sekolah aku nak masuklah kan , sekali aku terjelopok jatuh depan students yang lain . Ada dua member aku tolong angkat aku , aku terlalu malu untuk bangun okay -_- . Ya Allah malu gila :'/ . Tak apalah , maybe ada something yang aku buat , so dengan jatuh itu aku dapat kifarah dosa . Alhamdulillah . Then ada beberapa period teacher tak masuk , everybody started to procrastinate =D . Tapi kadang-kadang kiteorang bincang juga pasal isu Mesir , Palestin and Syria . Aku kagum dengan budak-budak ni , diorang ni category nakal lah . Then dia tanya aku , "apa dah jadi dekat sana ?" "Dr Morsi mana ?" "Apa citer uhh sekarang" . So , bila tengok spirit diorang yang begitu etusiastik , aku pun ceritalah setakat mana yang aku tahu . Aku touched okay bila ada orang ambil berat pasal issue dekat sana . Semoga dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat .

Dr Muhammad Morsi , pemimpin yang sangat berani dah tabah :')


#R4BIA =)

Morsi Morsi , Allahuakhbar !

Waktu Physic pulak , haha jeng jeng jeng . Tak dapat paper pun tapi ada dan ditanda lah , baru dua tiga budak . Dengar dari segi ton suara , riak wajah memang panas lah kan . Siapa suruh buat soalan susah ? Eheh melawan ! Aku dah boleh agak apa pencapaian yang akan aku dapat nanti . Salah aku juga , time ujian ni aku banyak main . Aku ni tak sesuai study last minute agaknya , better to change it . Tpi kelas Physic hari ni tak sebosan yang aku expected macam selalu , Alhamdulillah dapat something yang baik hari ni and i'm just too focus over it . Habis waktu Physic , kanak-kanak melepaskan nafas lega dan ketawa riang di dalam hati . "Yeay Physic dah habis" kata hatiku . Tibalah waktu Math Mode , teacher aku tak masuk atas urusan yang harus diselesaikan . Ada cikgu relief lah replace then dia suruh keluarkan sehelai kertas , tulis lah nama , tingkatan then 10 impian . Aku tulis lima je , impian aku tak banyak . Ada member lelaki kelas aku tulis " Saya nak tolong Dr Morsi" Okay sekali lagi aku terharu . And aku pun tulis benda yang sama juga . Apa yang aku tulis yang lagi empat tu biarlah jadi rahsia .  


So pada pandangan aku , ada pahit dan manisnya untuk hari Khamis ni . So , kepada sesiapa yang masih lagi belum berpuasa enam , cepat-cepat lah berpuasa , besar ganjarannya . Tambahkan pahala nak2 waktu malam jumaat macam ni , perbanyakkan baca Al-Quran okay saudaraku ? Merdeka pun dah nak dekat , Selamat Menyambut Hari Merdeka =)

Niat puasa enam =)


Sesungguhnya Allah maha pemurah =)

Ma'asalama wailaliqa' , Assalamualaikum ikhwah and akhwat sekalian =)



   

Friday, 16 August 2013

HAPPY EID

Hello Assalamualaikum guys ! Ya Allah lamanya tak update blog , dah berapa bulan ek ?? Masa Ramadhan hari tu pun aku tak jenguk kekasih aku ni alahai kesiannya . Sorry peeps , busy lah . Tu je alasan yang aku ada buat masa ini . So , aku rasa aku tak terlewat lagi kot untuk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin" . Sekiranya ada kata-kata aku dalam blog pernah menyinggung perasaan , silalah maafkan . People made mistakes :') . So amacam raya korang ? Best ? Aku pun nak cerita juga ni ...

Raya tahun ni aku balik Kedah , aku naik flight . Sumpah , aku tak suka naik flight . Memang best tapi aku lagi suka naik kereta sebab ada feel lah orang kata , kan jauh . Bila naik flight ni cepat sangat sampai so tak ada singgah mana-mana , kapal terbang tu bukannya singgah dekat Baskin&Robbin pun , sedih aku :'/ . Aku balik masa dua terakhir Ramadhan , aku pun tak nak balik malam raya sebab nak juga merasa berbuka dekat kampung . Best woo berbuka ramai-ramai , makanan dekat Kedah dah lah sedap-sedap . Tapi kan aku cakap , tahun ni pertama kali aku tak rasa mood rayanya tu . Tak taulah , maybe dah besar ke , duit raya berkurang ke , entahlah . Aku dengan sepupu aku pun bukannya meronda satu kampung nak kumpul gaji . Kiteorang duduk rumah layan movie Jepun Korea je . Layan movie High School Debut dengan A Werewolf Boy . Oh tangkap leleh aku cakap haha . Haih kalau aku nak cerita masa bulan Ramadhan haritu memang jadi karanganlah post aku ni .

SHOOT ! KARANGAN !! HHAHAAA :'/ . Nampak tak betapa happynya aku bila aku teringatkan karangan ?? Total semua karangan yang aku kena buat ialah 10 ye kawan-kawan . Tapi Alhamdulillah 7 karangan tu boleh type and tiru . And aku senang je , copy and paste ! Haha , diam . So yang lagi 3 tu pandai-pandai lah aku guna kepala otak aku nak creativekan ayatnya . 10 english essays , 1 karangan BM . Okay enough with those stuff . So masa raya , aku pakai baju raya dengan perasaan yang lifeless gitu tapi...tapi...tapi ... aku bertukar menjadi kanak-kanak riang bila nampak mercun and bunga api . Bukannya tak pernah main pun , aigoo ~ . Main bunga api pula dengan budak yang bukan sebaya dengan aku , yang main semua budak 4 , 5 , 6 tahun . Aku ? haha , 16 tahun . Booooo ~! But , who cares ? Once a year doe , aku bantai jelah , lagipun bukannya senang nak sampai Kedah . Cuma tahun ni tak berapa nak meriah sebab tak ada yang mercun 130 tu . Korang tau kan ? alah yang macam mercun merdeka banyak-banyak time merdeka tu . Ha yang tu lah ! Langit tak semeriah dulu , its okay . Mai , kau dah besar .

Then raya yang keempat aku pergi Penang tau ! I swear , i love Penang so much ! Tu negeri my best friend , Asyilla . Dia sekolah dekat sana . Aku ingat nak jumpalah dia tapi dia pi KL lah pula . Aku pergilah Padang Kota Lama , Bukit Bendera , Batu Ferringghi and Pantai Miami . Actually banyak lagi tempat yang awesome yang tak dapat aku lawati oleh kerana masa yang singkat and flight yang awal . Haish , spoil mood aku nak bergambar . Penang bandar dia bersih and aku suka tengok nama-nama sekolah dekat sana . At last aku terfikir , aku ni dekat US ke apa ni ? ADA FREE WIFI WOI ! Laju pula tu , ni buat aku rasa macam nak pindah duduk sana je . Makanan dia pun sedap , aku hari tu makan rojak sotong eh ? Apa ntah namanya aku lupa tapi ada sotong lah , then ordered pasemboq you ! Pasemboq dia lain rasanya , lagi sedap =) Aku kalau order Nasi Kandar wajib ada Papadom ! Haih , lapar ~ . Aku tak dinner lagi ni .

Bukit Bendera , Penang

Padang Kota , Penang

Batu Ferringghi , Penang

Penang Bridge , lawa kan ?? Bukan aku yang tangkap

Okay lagi dua hari nak naik sekolah . Nak muntah aku dengar "naik sekolah" . Told ya weekends is not always awesome like we thought . Dengan homework buat last minute , i have a test on next week . HELL YEAH ! Satu apa pun tak study , should i consider myself finishing my homework as studying ? Kalau setakat buat Essay je study apanya kan ? Nak sedapkan hati punya pasal kan aku cakaplah " Alah test je , bukan big exam like Year End gitu" . Ayah aku pun dah bersuara , "Akak study tak ni ? Baca buku tak ?" "Akak buat essay ayah" "Hmmm" . Macam mana nak jadi doktor ni kalau study pun malas ? Ada sesiapa mempunyai penawar untuk aku menyembuhkan penyakit yang semakin bermaharajalela ini ? Haha , tapi aku ni big exam macam mana pun , last minute juga yang dipilih . Maisarah....Maisarah... *facepalm*

Shall pen off now , lepas dinner aku sambung lagi eah ? Bye kids !
~Assalamualaikum~