Hello Assalamualaikum kepada para pembaca blog saya . Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua muslimin musliman di dunia . Tak kiralah hari apa , esok ke , lusa ke , sentiasala perbanyakkan selawat ke atasnya . Semoga kita akan disyafaatkan olehnya pada hari akhirat nanti . Bila cerita pasal Rasulullah , yang muslim mesti ada yang kenal dengan sifatnya yang sangat lemah lembut .
Rasulullah never hit a woman , dia seorang yang sangat penyayang . Sahabat-sahabat baginda amat menyayangi Rasulullah . Adakah kita menyanjungi Rasulullah seperti mana sahabat-sahabat Rasulullah lakukan ? Saya agak sedih and mungkin ada yang terasa hati tapi saya harus cakap . Anak-anak muda zaman sekarang senang terpengaruh dengan K-POP dan hiburan barat sehingga menjadi terlalu obses dan menyanjungi selebriti tersebut . Sayang , mereka semua takkan membawa kita ke syurga pun . Ingat , islam tak melarang kita untuk berhibur , tapi mestilah berpada-pada . Bila kita dengar lagu sampai layan perasaan , itu akan melaghakan kita . Susahnya nak menyanjungi islam tapi senangnya nak mengagungkan selebriti . Inilah pengaruh , macam saya cakap . Kita sedangpun dijajah dari segi mental cuma kita tak sedar . Oleh itu , janganlah tinggalkan solat dan beramal lah seperti Nabi kita . Amalkan sunnahnya dan cintailah dia dengan berselawat .
Banyak sangat sifat-sifat keperibadian yang ada pada diri Rasulullah . Kita pun boleh mengamalkan sifat-sifat tersebut dan mempraktikkan dalam kehidupan kita .
Sekarang saya nak bercerita tentang satu kisah , Rasulullah ada satu sunnah yang selalu di buat pada setiap petang di pinggir kota madinah . Di sana terdapat seorang pengemis yahudi yang buta . Setiap hari Rasulullah akan menyuapnya roti yang dicicah dengan susu . Namun , segala apa yang dilakukan oleh Rasulullah di balas dengan caci maki oleh pengemis yang buta itu . Rasulullah tetap melakukannya sehinggalah kewafatannya . Setelah kewafatan baginda , Saidina Abu Bakar berjumpa dengan Aisyah untuk bertanya . "Apakah sunnah Rasulullah yang belum pernah aku lakukan ?" Kata Saidina Abu Bakar . Lalu Aisyah berkata , "Wahai bapaku , seluruh sunnah Rasulullah telah kau lakukan tapi ada satu yang mungkin orang lain tidak boleh buat" "Apa dia Aisyah ?" "Rasulullah setiap petang membawa roti dan susu untuk menyuapkan seorang lelaki di hujung kota Madinah" "Siapa lelaki itu ?" "Jika engkau pergi ke sana , engkau akan lihat seorang lelaki yahudi yang buta matanya maka orang itu adalah orangnya" "Baiklah , aku akan lakukan" "Betul kau boleh lakukan ?" "Aku akan cuba lakukan sunnah Nabi" Maka dibawanya roti dan susu untuk bertemu dengan lelaki itu . Setelah sampai di situ , dia melihat lelaki yahudi buta itu mengeluarkan kata-kata yang kesat . "Celaka Muhammad ! Celaka Muhammad !" Maka Saidina Abu Bakar datang untuk menyuapkan makanan lalu lelaki itu menggangguk . "Bukankah engkau yang selalu datang dan menyuapkan makanan kepada ku ?" . Setelah pertama kali Saidina Abu Bakar menyuapkan makanan ke dalam mulut orang itu , lelaki itu berhenti mengunyah lalau berkata cukup . "Engkau bukan lelaki yang biasa menyuapkan makanan kepadaku , engkau bukan lelaki yang biasa menyuapkan makanan ke dalam mulut ku , engkau bukan lelaki yang biasa menyuapkan makanan ke dalam mulut ku" "Kenapa wahai pak cik , kenapa ?" Kata Abu Bakar . "Kerana lelaki yang menyuapkan makanan kepada ku itu pada setiap petang , dia menyuapkan makanan ke dalam mulutku dengan penuh kasih sayang sehingga aku menelan makanan itu dengan aman dan tenteram . Maka engkau ternyata bukan lelaki yang menyuapkan makanan ke dalam mulut ku setiap petang" . Abu Bakar pun berkata , "Wahai pak cik , apakah pak cik tahu ataupun tidak ? Lelaki yang telah menyuapkan makanan ke dalam mulut pak cik itu dengan penuh kasih sayang telah pun meninggal dunia . Wahai Pak cik ! Dialah Nabi Muhammad SAW yang pak cik maki setiap petang , yang pak cik keluarkan perkataan celaka Muhammad . Muhammad itulah yang menyuapkan makanan ke dalam mulut pak cik" Maka lelaki tua itu menangis teresak-esak sambil mengungkapkan "Asyhadualailahaillallah waasyhaduannamuhammadarrasulullah" . Akhirnya lelaki buta itu memeluk islam dan memegang akidah yang kita pegang semaata-mata kerana akhlak Muhammad yang tidak balas kejahatan manusia terhadapnya tetapi di balas dengan suapan makanan .
Apabila saya mendengar kisah ini , saya menitiskan air mata . Betapa mulianya Rasulullah , betapa kasihnya Rasulullah terhadap manusia dan umatnya . Ya Allah , rindunya kami kepadanya . Itulah kisah yang telah saya dengar di Youtube . Kasihilah Rasulullah yang telah banyak berkorban untuk kita , sayangilah baginda . Kasihnya tiada bandingan :')
Terima kasih , Rasulullah :')
Salam Maulidur Rasul , Assalamualaikum....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment