Tuesday, 5 November 2013

Weekends is approaching =)

Hello , Assalamualaikum semua . Ya Allah lamanya tak update blog . Terpaksa lupakan sekejap nak update blog sebab final exam . So , Alhamdulillah final exam dah pun habis . Segala sakit-sakit mata menghadap buku-buku yang menyerabutkan kepala . Nanti cuti memang aku focus untuk diri aku sendiri . Korang cuti buat apa ? Aku nanti nak jaga kulit sebab nanti nak jenjalan hehe .

Cuti ni memang aku layan K-Dramas , fangirling lah dekat kpop group fav aku . Actually kan , aku dalam usaha untuk mencuba kurangkan minat aku terhadap kpop ni . Yeah , memang aku nak study dekat sana tapi aku rasa minat dekat kpop ni sedikit sebanyak meninggalkan effect dalam amal ibadat aku . Aku tak nak lah obses sampai aku lupa siapa Tuhan aku . In Shaa Allah , aku akan cuba . Tak salah adore dekat rupa and apa yang ada dekat seseorang so apa kata kita ubah ayat kita from "Homaigod comelnya dia , hensemnya dia" to "Wah , comel dia . Allah yang cipta dia" okay barulah sweet =)

In Shaa Allah cuti nanti akan meluangkan masa bersama keluarga , pergi Sunway Lagoon and Hong Kong . Dalam masa yang sama aku takut , takut akan lalainya aku kerana permainan dunia . Semoga perjalanan kami akan dilindungi .

Semalam aku ada terbaca post dekat FB , mengatakan Dr.Morsi dibacarakan . Aku tak tau apa yang terjadi lepas tu tapi aku tau ada serba sedikit dialog hakim dan Dr.Morsi

Hakim : Kenapa kau tak pakai baju penjara ?
Dr.Morsi : Aku dipenjara ke ?
Hakim : Ya ! Kau dipenjara
Dr.Morsi : Baik , kalau begitu dimanakan aku dipenjarakan ?
*Semua terdiam kerana perbualan ini hampir membongkar rahsia tempat Dr.Morsi disembunyikan*

Dr.Morsi , seorang pemimpin yang tersangatlah tenang dan bijak sana , begitu juga dengan Erdogan . Betapa untungnya rakyat Mesir memilih beliau sebagai pemimpin negara . Kami disini mendambakan seorang pemimpin seperti beliau . Negara Islam bergolak , mengapa kita masih begitu senang ? Senang sungguh kita melihat tubuh kecil saudara-saudara ditembak , disembelih oleh mereka yang zalim , anak yang masih mentah umur menggantikan ayah dan ibunya yang telah syahid mengangkat senjata untuk berjihad fisabilillah . Ya Allah , kuatkan lah iman kami di sini , kami dijajah melalui minda .

Media melaporkan Syria dalam keadaan yang baik , TIDAK ! Semuanya tipu belaka . Satu persatu rakyat Syria terkorban , Mujahideen masih lagi bertempur dengan anjing-anjing Assad dan Hizbulat . Apa yang patut kita lakukan disini ,

Marilah teman , kita berQunut Nazilah serta berdoa agar Islam akan tertegaknya di muka bumi ini ...



Salam Maal Hijrah =)


No comments: