Friday, 15 February 2013

Kedah : Negeri Jelapang Padi =)


KEDAH DARUL AMAN =)

Hello , jumpa lagi dalam update selepas "Kerana Cintaku Saerah" ^^ . So , sekarang ni saya nak cerita perjalanan saya ke Kedah masa hari Sabtu yang lepas . And sekarang saya merindui Kedah , Kedah lah kampung halaman yang terbaik . Dengan padi yang menghijau , langit yang membiru dah cukup membuat aku tenang dan tidak memikirkan masalah homework yang melanda diri . Ceh ayat ! Boleh buat cerpen , aku back to topic ye =D

Actually my family and I bertolak dari rumah pada pukul 12 tengahari . Perjalanan memakan 12 jam untuk sampai ke destinasi . Tapi dalam keadaan yang jammed gegila membuatkan masa akan bertambah menjadi 24 jam untuk sampai ke Kedah ! Aku pula tak sabar nak balik Kedah ! So my dad decided to back to our home and bertolak lewat sikit sebab masa tu tak jammed sangat and mungkin boleh sampai awal . So paah balik ke rumah . Ayah aku membuta dah , aku pula terlalu excited sampai tak boleh tidur kot ? Then kami bertolak pada pukul 11 malam pada hari Sabtu . Masa tu heaven gila lah dekat jalan raya , tak jammed and kereta pun laju je meluncur bergerak atas jalan . Lama jugalah masa yag diambil , dalam pukul 5:30 gitu ayah  saya berhenti nak tidur kejap . Sebenarnya kan , saya tak suka tau kalau berjalan asyik berhenti makan or tidur banyak-banyak kali . Tapi , yelah kita tak memandu . Yang memandu tu ayah saya so saya sebagai anak kenalah prihatin , penat tu bawa kereta nak ke Kedah ! Tidur dalam 2 jam , pukul 7 lebih tu nak breakfast dulu . Dalam hati dah merungut "Haissh bila nak sampai Kedah ni ??!!" . Haha , saya tak matang lagi =D

Dah breakfast kami pun meneruskan perjalanan , saya kalau nak tidur mata ni macam hidup tak nak mati tak mahu je . Adik saya dah terlena sebelah saya , saya ni yang terlebih excited nak balik Kedah . Maklumlah , lama tak balik . Rindulah dekat relatives dekat sana . Kami sampai pada pukul 2:30 petang macam tulah . Bertolak hari Sabtu malam akhirnya sampai Ahad siang . Gila lama . Dah sampai tu kami pun bersihkan lah diri yelah dalam kereta saya tak ada bilik air nak mandi . Air dekat kampung mana ada macam air dekat bandar ni , sejuk dia lain tau ! Menusuk sampai ke tulang . Tapi badan segar gila lah lepas mandi dekat rumah Tok Wan saya . Saya dan keluarga stay Kedah dalam tiga hari . Seriously tak cukup okay ! Cikgu seharusnya bagi cuti yang lama ! Ceh , cuti cukup sebenarnya cuma ayah saya ada kerja so tak boleh stay lama-lama . Sedih sangat :'(

 
Cantik kan ?? Saya take pic ni tau !

Hari pertama saya tidur di rumah Mak Long saya , tidur dengan sepupu saya . Best gila ! Saya pergi sana nak mengenjoykan diri dengan suasana kampung , saya tak online sangat dekat sana . Hari kedua pun saya tidur rumah Mak Long . Saya juga mengangkut homework saya sekali sebab nak tanya Kak Nani saya . Kak Nani saya pandai woo ! Boleh di katakan keluarga belah Kedah ni pandai-pandai belaka . Saya jelah ketinggalan sedikit , tapi saya pandai juga okay *perasan,maafkan saya* . Tapi homework saya tak siap semua pun , banyak gila kot ? Haih , tapi ada yang dah siap . Kalau saya tak tanya Kak Nani rasa terbengkalai macam tu je agaknya . So hari yang ketiga saya tidur rumah Pak Su saya . Rumah Pak Su saya ni rumah baru , cantik sangat ! Rumah boleh tahan besar , budak-budak kecik pun buat macam padang bola . Dan hari ini jugalah hari terakhir saya berada di Kedah . Menaip ni pun rasa sedih and rindu gila ! Saya nak sangat patah balik masa , kalau boleh saya nak duduk sana terus , sekolah sana terus ! Walaupun di hiasi dengan padi yang cantik saja , tapi inilah yang saya nak . Saya mencari ketenangan di sini . Tengok padi langsung tak bosan , cantik sangat . Nak balik lagi =((

Dah bermalam selama tiga hari di Kedah lalu kami pun pulang dengan berat hati . Berat sangat hati nak meninggalkan kampung kesayangan saya . Semoga kita akan berjumpa lagi , mungkin hari raya tahun ni ?? In Shaa Allah kalau masih berkesempatan , kita jumpa lagi . Haih , tak sabar nak raya , nak balik Kedah lagi !!!

Rindunya nak tengok padi 

Itulah cerita saya untuk topik hari ni , korang pun mesti balik kampung kan ?? Jadi saya nak mengakhiri cerita ini dengan ucapan "bye" . Haha , kalau ada idea saya update lagi ^^
Semoga terhibur , selamat bercuti semua ! =)

~Aku Anak Kedah Dan Aku Bangga~

The Best Of The Best Drama ~

Hi korang ! Assalamualaikum , sihat ? Lama gila tak bukak and tak update blog . Sekarang ni tengah bercuti , tapi dah nak habis pun . Sedihnyaaa >.< . Baru ni saya balik ke kampung halaman saya , Kedah . Saya sayang Kedah , saya suka tengok padi yang menghijau . Nanti saya akan ceritakan perjalanan saya ke sana tapi sekarang ni saya nak ceritakan tentang drama yang amat saya suka . SERIOUSLY THE BEST ! From my opinion lah sebab saya rasa jalan cerita dia boleh di terima akal and memang tangkap leleh gila . Banyak kali nangis kot ? Drama bersirinya ialah "Kerana Cintaku Saerah" . Dah tengok ?? Saya tengok masa saya darjah lima tapi tak berapa nak ingat so saya buat movie marathon tengok setiap episode dalam satu hari . Memang best gila , korang tengoklah dalam Youtube dah ada ^^
Yang ni lah ^^

Jujur lah aku cakap , walaupun cerita ni dah lama kan tapi still dapat tarik perasaan aku . Dengan lagu Imran Ajmain Seribu Tahun , memang sesuai gila lagu ni dengan cerita ni . Saya ni dok tahanlah air mata tapi akhirnya gugur juga , kerja menangis je tengok ! Cerita ni pun terdiri daripada barisan pelakon yang amat berbakat and lakonan diorang menjadi gila ! Kalau korang dah tengok bagitaulah saya nak pendapat . Saya rasa ramai yang suka cerita ni , nanti kalau saya free saya nak tengok semula =D

Barisan Pelakon :














Saya tak tau kenapa saya promote sekarang , tapi dia punya best membuat saya nak mempromote dalam blog saya . Dulu tengok tak berapa nak menghayati sebab masa tu zaman budak hingusan tak faham cerita , sekarang tengok barulah ada emotional sikit . Haih , rindu gila cerita ni . Bila tengok cerita ni mesti ingat dekat Kedah sebab dalam cerita ni ada Padi , sebijik lah . Ada yang watak jahat serious rasa nak tumbuk skrin laptop ni , ada yang watak geram geramlah . Ada watak sedih memang standby tisu lah . Semua ada , ada juga selitkan unsur kelakar . Everything is complete lah orang cakap =)

Kalau yang belum tengok , sila tengok . Yang perempuan mesti tadah baldi , yang lelaki tak nangis aku rasa =D
So , saya akan update lagi hari ni sebab tak tau bila lagi boleh update . Semoga terhibur , bye ^^


                                                                   



Saturday, 2 February 2013

Ibu ratu hati kita =)

Hello Assalamualaikum semua stalkers , kita jumpa lagi pada malam yang tenang ini . Dah lama saya tak jenguk blog saya , banyak sangat assignment homework . Sejak naik Form 4 ni rasa macam tak cukup rehat je . Tak apalah , nak berjaya kena usaha kan ? Okay lupakan homework , saya nak ulas sikit tentang topic yang tertera di atas ni .

Parents is the most precious human given from Allah S.W.T but did we treat them like the way that they treat us from baby until now ? Think about it . Biasanya kita akan jumpa drama typical yang ada anak derhaka sepak terajang mak kan ?? Jangan terkejutlah sebab dekat dunia yang nyata ni pun ada sebenarnya tapi mostly kita dah tahu kan ? Mungkin bagi yang muda ni tak pernah lah buat macam tu tapi jangan ingat kita tak kan buat , sebab itu pentingnya iman dan pegangan agama dalam diri . Bila kita dah besar , dah ada kerja bergaji besar , rumah besar , pangkat besar and ada gelaran "darjat dunia" , kita akan lalai dan mula lupa diri . Wahai anak , janganlah derhaka dengan mak . Berkata "ah" pun tak boleh inikan pula nak menengking mak sendiri . And kita tahu tak semua mak ada pegangan , tapi seburuk-buruk makan pun mak kita , dialah yang kandung kita 9 bulan and melahirkan kita .

Sebagai seorang anak , kita kenalah doakan kesejahteraan ibu . Tapi jangan lupa pula bapa kita , dialah yang mencari rezeki untuk bagi makan and pakai kita . Tak kiralah , miskin ke kaya ke , kita kena bersyukur . Bukan senang tau jadi ibu ni , walaupun saya tak ada pengalaman =D . Tapi saya tahu nak jadi ibu ni memerlukan banyak pengorbanan . Dia kandungkan kita dan mengalami proses bersalin yang amat sukar dan jika mati seorang ibu kerana melahirkan anaknya , dia dikira mati syahid . Bila dah bersalin , dia menjaga kita and kita pula kerja asyik nak menangis je . Ibu pun sabar , sanggup tak tidur malam sebab jaga kita and nak tidurkan kita . Banyak lagi pengorbanan seorang ibu , sampai sekarang kita dah besar panjang pun dia masih berkorban untuk kebahagiaan kita .

Utamakan ibu dulu . Biasanya remaja zaman sekarang lebih sayangkan BF/GF and kawan-kawan lebih daripada ibu . Kawan atau kekasih ajak keluar laju je kita ikut . Bila ibu ajak kita luangkan masa , ada je alasan kita . Kenapa jadi macam ni ? Sedangkan ibulah yang lebih kenal kita , yang lebih memahami kita . Hargailah ibu sebelum dia pergi meninggalkan kita .

Janganlah kita menderhakai ibu kerana ibulah yang selalu mendoakan kita siang dan malam . Jika perginya seorang manusia yang bergelar ibu , maka terputuslah berkat doa daripadanya . Biarlah kita hilang harta , janganlah kita kehilangan ibu kita dalam keadaan kita tidak berjasa kepadanya .

Semoga terhibur , Assalamualaikum =)