Saturday, 19 January 2013

Perasaan

Hello , Assalamualaikum . Bertemu kita di pagi hari ini dan saya akan update something yang mungkin merupakan pengalaman saya lah seperti yang tertera di tajuk untuk post kali ni . Okay ?? Okay ?? Haa , sebelum tu nak tanya sikit . Hehe , muka tak malu . Pernah anda alami perkara seperti di atas ??? Maksudnya pernah tak anda dapat rasa seseorang tu sukakan anda sehingga membuatkan anda rasa menyampah and annoying gegila bila dia datang or text kita . Saya tak beranilah nak cakap yang saya pernah ada pengalaman , yelah tuan blog ni biasa-biasa saja . Tapi bila kita ignored dia lama-lama kita jadi kesian dekat dia , itu terpulang pada diri masing-masing lah . Ada yang kesian tapi ada juga yang biarkan macam tu je sampaikan yang si admirer tu rasa cintanya bertepuk sebelah tangan . Ceewaaah !

Ye , kita sebagai manusia memang ada perasaan dekat seseorang . Tipulah kalau korang cakap korang tak ada crush kan . Okay cuba bayangkan , orang yang awak suka tu akhirnya mengungkapkan kata-kata yang tak pernah anda sangka . Mesti rasa macam terbang dekat langit kan ? Tapi kali ni cuba bayangkan awak suka crush awak tapi orang yang luahkan perasaan dekat awak adalah bukan orang yang awak nak . "Alah , kenapa dia suka aku ?" . Sesungguhnya anda hanya menganggap dia hanyalah sebagai kawan atau kawan rapat tapi dia pula terjatuh suka dengan awak . Tapi ! Suka tak bermakna dia mahukan seuatu hubungan . Tapi kalau umur masih mentah tak eloklah bercintan-cintun melainkan kalau betul-betul nak bertunang untuk masa hadapan . Tengok umur juga ya , umur 13 bercinta katanya nak buat hubungan awal untuk bertunang . Awak , sila belajar dulu subejct-subject tingakatan 1 ye ? Happykan parents kita dulu , bila dah berjaya ha masa tulah jodoh datang dengan sendirinya . Tak perlu nak di cari . Hah tetiba pula saya cerita pasal ni . Jadi kalau anda menghadapi situasi yang seperti yang saya ceritakan sebelum ini , anda akan buat apa ?? Kalau someone yang rasa diri dia brave bolehlah meluahkan perasaan yang sebenar-benarnya , "Awak , saya suka orang lain . Baik awak cari yang lain , hati saya bukan untuk awak" eh berani ke nak cakap ??? Sekali salah faham kan =D . Tak pun doakan jelah kebahagiaan dia , doakan yang baik-baik je jangan pula korang pergi curse dia . Memang tak menjadi doa tu .

Kawan saya(Pyqa) ada cakap , kita manusia dikurniakan perasaan sayang . So , kita ada hak untuk menyukai sesiapa je yang kita rasa kita sayang . Orang lain tak boleh halang . Ingat , suka biar bertempat . Jangan jadi seorang yang lagha ataupun lalai dengan percintaan dunia kerana sesungguhnya cinta kepada Allah adalah cinta abadi . Utamakan Allah , In Shaa Allah bahagia . Doakan yang terbaik , semoga Allah permudahkan segala-galanya .


Okay sampai di sini sahaja , homework pun bertimbun-timbun . Kita jumpa lagi ...
Assalamualaikum ^_^

No comments: