Saturday, 19 January 2013

Masalah ketika ber"texting"

I'm posting this at late night . Can't sleep . Okay , kita jumpa lagi . Sekarang ni saya nak tanya anda semua , tak perlu komen ! Jawab dalam hati pun dah cukup memadai sebab kalau suruh komen akibatnya saya menanggung malu yang amat dasyat , saya cakap sorang-sorang mungkin .

So , korang selalu tak ada permasalahan ketika bermesej ataupun ber"texting" ?? Mesti kita jumpa orang tu dekat luar dia talkative tapi bila bila di ajak text dia hanya membalas sepatah dua kata . Soalan ringakasan PMR pun tak sesingkat tu . Ya , itu sudah menjadi kebiasaan bukan sahaja di Malaysia , begitu juga kepada negara luar seperti Amerika Syarikat dan lain-lain . 

Kita tidak tahu apa masalah untuk mereka yang seperti ini tapi kita sudah semestinya rasa agak malu untuk text dia pada hari berikutnya and macam-macam benda yang kita fikirkan ."Apa yang aku type ?" "Dia ni marah aku ke ?" "Aku ni annoyed dia ke ?" and banyak lagilah kata-kata curious yang terdetik di hati . Tapi kalau saya kena macam tu pun , saya akan bagi reaksi yang sebegitu .

Tapi tapi tapi ! Kita jangan sangka buruk , mungkin dia di sana sedang busy tapi kita tidak tahu apa yang dia lakukan di sana . Setengah orang akan meneruskan conversation mereka walaupun hanya sepatah dua yang dibalas dengan niat untuk menjaga hati si pen"texting tu . Haha , BM fail . Tapi ada setengah orang dia jenis honest , dia akan bagitau dulu yang dia dalam keadaan yang tidak mengizinkan kepada orang tersebut dan akan mengakhiri perbualan yang teramat singkat . Tapi bagitau dengan cara baiklah , jangan maki-maki kang ada jadi bahan dekat alam maya mahupun rakan-rakan mereka yang membuka aib kita dengan menyatakan kita ni sombong lah , tu lah , ni lah . Stress kan ??

Tapi ada juga yang menjadi wartawan dan juga artis . Paham tak ?? I mean sorang bagi soalan yang dia tukang jawab and benda ni berterusan sehingga ke pengakhirannya . Boleh trauma orang macam ni , well saya pun macam tu juga =D
Dah banyak sangat soalan sehingga orang ni dah kering idea tak tahu nak cakap apa dengan dia , jadi dia akan melanda kebosanan lalu berkata , "Okay , bye" . Haha , kesian kadang-kadang . Kalau bertegur biarlah elok , jaga hati orang lain itu sudah semestinya . Tapi apa nak di buat , masing-masing ada hal sendiri so kalau dah tahu dia busy janganlah dok pi kacau dia , satgi kena penampaq baru hang tau .


All right , itu sahaja untuk malam ini . Mata pun macam nak tak nak hidup je ni , mengantuk lah . In Shaa Allah kalau masih dipinjamkan nyawa olehNya , saya akan update lagi . Semoga terhibur .

Assalamualaikum .... ^_^

No comments: