Saturday 30 November 2013

Menyesal tak sudah

Hi , Assalamualaikum ! Kita bertemu lagi , hari ni baru free nak update blog . Actually baru-baru ni aku ada post pasal jaga muka kan ? Kulit aku bertambah baik dari hari ke hari . Tapi semua tu berhenti sebab aku test sabun susu beras collagen . Ya , sabun tu ! Aku malas nak post gambar , google sendiri .

Aku dapat free sabun tu sebab beli masker from my mak lang , sebelum ni aku pakai sabun lain tapi biasalah tangan aku ni gatal nak mencuba , pi lah lumuq sebanyak tidak buih dia dekat muka . First day gua pakai , peh lawa gila kulit muka aku , dengan putihnya , licinya . Aku rasa maybe sesuai so aku pun teruskan sampai ke hari ni , homaigod ! Kulit aku pedih yang teramat sampai buat aku takut nak masuk bilik air untuk mandi . Dia tinggalkan kesan hitam dekat tepi bibir , paling pedih dekat pipi and sekitar hidung . Dah lah esok aku nak gi Hong Kong . Aku pun basuh muka dengan air sejuk , tepuk2 muka dengan toner hada labo nak lembabkan kulit yang terextreme keringnya then pakai krim dherbs . Still rasa pedihnya ni cuma tak seteruk masa mandi tadi .

Persoalannya , kenapa masa hari pertama aku pakai kulit aku jadi cantik ? Patut ke aku teruskan pakai sabun ni sebab maybe ni permulaan dia nak peeling kulit ke hape ke ? Aku ada lah berlari-lari ke blog untuk cari maklumat , ada yang mengadu pedih pakai sabun tu . Ada pulak yang kata sekejap je , nanti lama-lama dia tak pedih . Aku pun konpius , kalau nak teruskan aku rasa macam takut makin terus . Esok nak gi jalan weyh jangan buat hal :'(

Ada suruh letak madu dekat muka untuk hilangkan rasa pedih , aku nak hilangkan kesan2 merah dan hitam dekat muka aku ni . Haish , ni lah padahnya kalau tangan tu gatai nak tukar2 barang . Produknya kata tiada bahan kimia , pehal muka aku pedih ? Haishh malam ni aku nak pakai peeling mask yang warna hitam then tido pakai mask royal whitening untu sejukkan kulit . Harap-harap muka kembali normal pada esok hari . Petang nanti aku tepek madu . So guys , beware !

Assalamualaikum =)

Monday 18 November 2013

Jaga Muka

Assalamualaikum , hi ! Cuti dah pun start and aku dibekalkan QVM untuk cuti ni . QVM ? natang apa tu ? Tu kiranya macam homework lah and ada buku diary pelajar 50 hari . Hmm sedih aku tak sentuh lagi , aku suka buat kerja last minute =) . Tajuk hari ni pelik sikit aku tak tau nak update pasal apa sebab cuti ni aku memang kerja jaga muka je , maklum nak ahh nak jenjalan . Aku tak pernah lagi update pasal produk yang aku guna so ni lah yg aku guna ...
 

Dulu aku pakai magic cream ni , memang nampak cantik kulit bila pakai first time tapi aku dah stop sebab apa tau , member-member aku semua cakap kulit aku nampak macam terbakar and merah-merah gitu . Aku ni dulu ada acne tau tapi sekarang acne dah tak ada tapi dia meninggalkan parut-parut di wajahku , memang sedih lah kan . So , bila pakai ni and dedahkan muka dekat matahari memang nampak jelas parutnya . So , aku stop guna benda ni . Maybe cream ni sesuai untuk badan lah aku rasa . Harga aku beli dulu RM40 .

Haa yang ni aku baru je beli , tak sampai sebulan lagi lah aku pakai . Aku pakai okaylah , nampak okay . Tunggu habis nanti aku bagitaulah kesan dia sama ada okay ke tak =) Harga dia dalam RM30 kebawah .


 Ni sabun Vit a c dan e . Aku pakai dekat 2 bulan lebih . Memang best ! Aku dulu masuk kawad tau then mest ada kesan belang tu kan , tona tak sekata . Aku pakai sabun ni belang tu dah hilang woohooo ! Suka kejap . Kulit tak rasa tegang sangat and tak memedihkan kulit . Harga dia RM55 . Yeah memang mahal and aku pun tak nak stick dekat sabun ni sebab mahal . Nanti aku tunjuk sabun apa yang aku nak beli .



Ni aku baru je beli . Aku baru pakai , muka rasa soft and bright gitu . Produk ni maybe tahan sampai beberapa bulan sebab pakai dia sikit je . Harga RM49 gitulah tak silap aku =) 



Bedak tanaka , aku pakai yang ni . Bau dia pun wangi . Aku kalau ada jerawat aku pakai bedak ni , jerawat kecut and muka jadi fresh gitu sebab dia sejuk . Boleh cerahkan kulit =) . Harga RM30


Ni masker , baru dapat hari ni . Malam nanti aku nak test , tengok testimoni macam best je hehe .
Dalam packaging dia ada tiga mask , pakai seminggu sekali . Harga RM22 gitulah aku tak ingat


Yang ni aku baru nak beli , sabun ni lah aku nak beli . Aku baca review macam best je , harga pun tak adalah mahal sangat . Sesuai lah dengan kulit muka aku yang berparut ni . Aku ni memang dah putih , parut je menyemak sikit . Harga RM19.90 .



Ni Cathy Doll CC cream , pun baru nak beli . Bebudak sekolah cakap produk ni lagi okay daripada magic cream CD sebab dia jenis macam liquid and serap masuk kulit . Ni maybe aku pakai sebelum aku pakai krim mutiara tu . Aku beli dengan member aku dia jual RM25 tak silap aku . Murah kan ? Bebudak kelas ni memang pandai menghasut aku , nasib harga murah =3


Ni boya mask , aku belum beli lagi . Yang ni pun macam best , review dia pun macam best . Aku nak hilangkan parut jerawat aku je . Hehe harganya RM26 . Yang ni pun aku beli dnegan member sekolah aku =)

Yang tu produk je , kalau yang cara tradisional aku guna serbuk kulit kayu manis + madu + air . Jadi macam pes , then sapu dekat tempat yang ada jerawat je sebab pedih dia memang tahap gaban katako ! Aku tahan je muka macam berlakon drama sedih sambil tahan air mata , tapi pedih dia sekejap je . Jerawat tak naik , parut pun beransur pudar , kata orang lah . Aku baru buat berapa hari je so kesan tak nampak lagilah . Buat bendalah ni kena rajin-rajin sikit hehe . Kalau bangun pagi aku sental muka aku dengan oat , yang quaker oat segera tu campur dengan air then buat macam scrub . Buat hari-hari pun tak apa sebab tak ada chemical and tak menipiskan kulit muka . Yang ada radang kulit , boleh test =) . 

Okay tu je update aku , aku pun nak exercise ni berat dah naik . Hehe , siapa yang kurus dan kulitnya putih bersih mulus , ihateyou ;_; 

Semoga kita cantik luar dan dalam , Assalamualaikum =)